• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anes Baswedan Menang Pilihan Raya Gabenor Jakarta

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Gabenor Jakarta menunjukkan kemenangan berpihak kepada gandingan Anies Baswedan dan Sandiaga Uno.

Media portal tempatan melaporkan penyandang jawatan, Basuki Tjahaja Purnama dan timbalannya Djarot Saiful Hidayat gagal mempertahankan jawatan masing-masing setelah kalah dalam pemilihan pusingan kedua hari ini.

Anies ialah bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia manakala Sandiaga pula seorang ahli perniagaan.

Setakat pukul 7 malam waktu tempatan, pasangan Anies-Sandiaga telah mendahului undian dengan mendapat 55.41 peratus.

Anies-Sandiaga dipetik oleh media tempatan sebagai berkata mereka akan menyelesaikan masalah yang menimpa Jakarta ketika ini.

“Komitmen kami…kami akan terus konsisten memfokuskan pada keadilan sosial serta memperjuangkan perpaduan di Jakarta,” kata Anies di kediaman Ketua Umum Partai Gerakan Indonesia Raya-(Gerindra) Prabowo Subianto sebentar tadi.

Sementara itu, Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok dilaporkan mengucapkan tahniah kepada gandingan Anies-Sandiaga yang mengalahkan mereka.

Kedua-duanya juga meminta agar penyokong mereka tetap menjaga perpaduan.

“Jangan sedih kerana Tuhan yang memberi dan yang mengambil. Kami akan bekerja dengan cepat untuk baki enam bulan ini. Selama ini kami telah menerapkan kerajaan terbuka, dan kami terbuka untuk Pak Anies-Sandi minta data apa saja,” kata Ahok dalam ucapannya di sebuah hotel di sini.

Pilihan Raya Gabenor Jakarta terpaksa diadakan secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus pada pusingan pertama Februari lepas.

Pusingan kedua ini menyaksikan gandingan Ahok dan Djarot dicabar Anies dan Sandiaga.

Sistem pilihan raya itu mewajibkan seseorang calon melepasi 50 peratus daripada jumlah undi keseluruhan untuk dilantik sebagai Gabenor Jakarta merangkap ketua eksekutif daerah bagi tempoh lima tahun. – BERNAMA

Tags: JakartaPilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

21/03/2024
0

JAKARTA: Prabowo Subianto dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd