• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adi Putra Tak Hadir Sebutan Kes Cerai Di Mahkamah

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Adi Putra tidak hadir buat kali kedua semasa sebutan kes perceraiannya dengan isteri pertama, Zuhaidah Yusof di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, awal pagi Jumaat.

Zuhaidah atau lebih mesra disapa Aida pula hadir dan berada di dalam mahkamah seorang diri pada sekitar pukul 8.30 pagi sebelum meninggalkan kompleks itu pada pukul 9.15 pagi.

Menurut beberapa laporan, apabila ditanya tentang keberadaan Adi, Aida hanya menjawab ringkas bahawa pelakon itu tidak hadir.

Aida kemudiannya meminta diri dengan alasan perlu ke kaunter mahkamah untuk membuat pembayaran namun tidak menjelaskan apakah bayaran yang hendak dilakukan itu.

Bagaimanapun wanita berusia 42 tahun itu enggan menjawab pertanyaan lain dan memberitahu dia perlu ke kaunter mahkamah untuk membuat bayaran.

Namun, Aida sebenarnya turut meninggalkan mahkamah.

Adi Putra Tak Hadir Sebutan Kes Cerai Di Mahkamah
Sekumpulan wartawan menunggu di luar dewan mahkamah yang sepatutnya kes itu disebut.

Sekadar mengimbas kembali, pada 31 Mac lalu di mahkamah yang sama, kes berkenaan sepatutnya didengar di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Mushid namun Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 36, turut tidak muncul.

Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Aida pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016. Aida pula sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul Handy Black. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ADI PUTRAceraiMahkamah Syariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd