• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Muka Baharu Disenarai Jurulatih Skuad Futsal Wanita

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sembilan muka baharu antara 25 pemain yang disenaraikan ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan, Mohd Asyraaf Abdullah bagi menjalani latihan pusat sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA Ogos ini.

Kesemua mereka terpilih selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan pada kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah di Miri, Sarawak bulan lepas termasuk tiga pemain yang membantu Kedah muncul naib juara iaitu Nurul Husna Mohd Nazri, Nur Shazwina Shuib dan Siti Nur Azzati Shaik Maznan.

Enam pemain lain ialah Mira Fazliana Aidi (Perak), Siti Rohani Saptu (Sarawak), Norsuriani Mazli dan Nabila Naim (PDRM), Roszaini Bakar (ATM) dan Nurul Athirah Al Jafri (Sekolah Sukan Malaysia Sabah).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Mohd Asyraaf mengekalkan 16 daripada 20 pemain yang membantu skuad negara muncul juara Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Wanita Singapura 2017 di Singapura pada Feb lalu.

Kesemua 25 pemain tersebut akan menjalani latihan pusat selama hampir tujuh minggu bermula Selasa depan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah.
Senarai 25 pemain:

Penjaga gol: Roszaini Bakar (ATM), Nurul Azurin Mazlan (SSM Sabah), Nurul Athirah Al Jafri (SSM Sabah), Asma Junaidi (Sarawak).

Pertahanan: Nurul Husna Mohd Nazri (Kedah), Nurathirah Farhanah Zairi (Pulau Pinang), Malini Nordin (Perak), Mira Fazliana Aidi (Perak), Shereilynn Elly Pius (Sabah), Usliza Usman (PDRM), Nabila Naim (PDRM), Eslilah Esar (MISC).

Tengah: Nur Shazwani Shuib (Kedah), Siti Nur Azzati Shaik Maznan (Kedah), Jaciah Jumilis (Sabah), Masturah Majid (Sabah), Haindee Mosroh (Sarawak), Norsuriani Mazli (PDRM), Dadree Rofinus (MISC), Nor Athirah Mamat (SSM Sabah).

Penyerang: Nur Haniza Saarani (Perak), Puteri Noralisa Wilkinson (Pahang), JI. Fedalliah Claritta Jaimin (Sabah), Siti Rohani Saptu (Sarawak), Angela Kais (PDRM).

– BERNAMA

Tags: Futsal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Cepat Menghukum Pasukan Futsal Johor

13/09/2018
0

IPOH — Pasukan futsal Johor mohon peminat sukan tempatan agar tidak terus menghukum barisan pemain dan negeri itu secara keseluruhannya...

Chun Yong Senarai 20 Pemain Terbaik Ke Latihan Pusat

26/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong menyenaraikan 20 pemain terbaik bagi menyertai kem latihan pusat sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd