• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

73% Penyakit Tak Berjangkit Sebabkan Kematian

oleh AK-47
06/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Kesihatan menganggarkan 73 peratus penyebab kematian rakyat Malaysia adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit.

Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Omar Mihat berkata penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung mempunyai kaitan rapat dengan cara hidup tidak sihat masyarakat sejak usia remaja.

“Ia termasuk tabiat merokok, cara pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam yang menjadi budaya sepanjang kehidupan dan selalunya sukar diubah.

“Penyakit tidak berjangkit juga dikesan dihidapi mereka yang berusia muda setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Kesihatan Remaja Kebangsaan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH), Dr. Maimon Alias dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher.

Dr. Omar berkata berdasarkan kajian terhadap 25,507 orang remaja di Malaysia pada 2012, kementerian mendapati hanya 22.8 peratus daripadanya aktif manakala 19.1 peratus mengalami berat badan berlebihan dan 7.9 peratus obesiti.

Sementara itu, Kaji Selidik Tembakau dan E-Rokok dalam Kalangan Remaja Malaysia (TECMA) pada 2016 menunjukkan peningkatan jumlah perokok dalam kalangan remaja kepada 15.2 peratus berbanding 11.2 peratus pada 2012.

“Lebih membimbangkan, daripada pemeriksaan pergigian yang dijalankan tahun lepas mendapati tabiat merokok dikesan dalam kalangan pelajar seawal sekolah rendah lagi,” katanya.

Beliau berkata pelbagai program dan pendekatan perlu diambil secara holistik bagi memperkasa usaha sedia ada untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan cara hidup sihat dalam kalangan remaja.

Menurutnya usaha secara berterusan perlu dilakukan dengan pembabitan semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan melalui program di peringkat sekolah.

Persekitaran dan budaya hidup sihat juga perlu diberi perhatian bagi menyediakan generasi masa depan yang sihat, sekali gus dapat membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan, katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Omar MihatPenyakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

14/07/2022
0

DODOMA, TANZANIA – Sejenis penyakit misteri yang menyebabkan simptom seperti demam, sakit kepala, keletihan dan hidung berdarah menular di tenggara...

Penyakit Hati ‘Misteri’ Ragut Nyawa 3 Kanak-Kanak Di Indonesia

03/05/2022
0

JAKARTA : Tiga kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital di Indonesia meninggal dunia akibat hepatitis akut pada April. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd