JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan 36 wanita asing kerana disyaki terbabit dengan aktiviti maksiat dalam serbuan di sebuah pusat urut dan spa di Persiaran Seri Alam, Bandar Seri Alam, di sini, malam tadi.
Dalam serbuan pukul 12.30 tengah malam itu, polis menahan lima lelaki tempatan termasuk penjaga premis berkenaan, 18 wanita Vietnam, 10 (Thailand) dan masing-masing empat wanita warga Indonesia dan Laos.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 37 tahun itu ditahan kerana terbabit kegiatan maksiat dan pemerdagangan manusia serta kesalahan imigresen.
“Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372/372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1959/1963,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam serbuan itu, polis merampas beberapa barangan termasuk 24 keping kondom, kertas senarai khidmat langganan seks dan minyak pelincir. – BERNAMA

