• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30 Mei: Sebutan Semula Kes Bunuh Jong-nam

oleh Ahmad Albab
14/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Mahkamah Majistret di sini hari menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan semua kes pembunuhan berprofil tinggi, Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Hakim Mahkamah Sesyen, Harith Sham Mohamed Yasin, yang bertindak sebagai majistret, menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad.

Muhamad Iskandar memohon mahkamah memberikan tempoh masa sebulan setengah bagi melengkapkan pelbagai dokuman berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata jika semua dokumen berkenaan lengkap, beliau akan memohon supaya kes membabitkan dua wanita asing, yang didakwa membunuh Kim Chol, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam, bersama-sama empat lagi yang masih bebas, didakwa membunuh mangsa berusia 45 tahun itu di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari lepas.

Pada 1 Mac lepas, kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pengakuan mereka akan direkodkan apabila kes itu disebut di Mahkamah Tinggi kerana kesalahan melibatkan hukuman mati adalah di bawah bidang kuasa mahkamah yang tinggi.

Dilaporkan Jong-Nam sedang menunggu penerbangan di klia2 untuk ke Macau, China ketika beliau diserang dua wanita dengan cecair racun, agen saraf VX.

Jong-nam, yang menggunakan pasport atas nama Kom Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Beliau dilaporkan masuk ke Malaysia pada 6 Februari lepas. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-Nammahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

25/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan anak warga Australia, Annapuranee Jenkins atau Anna Jenkins, untuk mengembalikan saman kecuaian terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd