• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pemancing Dilaporkan Hilang Sejak Khamis

oleh Ahmad Albab
14/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiga pemancing dilaporkan hilang selepas keluar memancing di sekitar perairan Pulau Sepanggar, Pulau Gaya dan Pulau Mengalum, dekat sini, semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, dalam kenyataan hari ini, berkata tiga lelaki itu dilaporkan keluar memancing pada 7 pagi dengan menaiki sebuah bot gentian kaca berwarna putih berukuran kira-kira lima meter.

Beliau berkata tiga lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohd Wapie Said, 34, Amsiran Mijan, 55, dan Malik Awang, 40, sepatutnya pulang pada 9 malam semalam bagaimanapun sehingga pagi tadi kesemua mereka masih belum pulang.

Anggota keluarga mangsa membuat laporan polis awal pagi tadi bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa untuk mengesan mereka, selepas gagal menghubungi kesemua pemancing berkenaan.

Mohd Zubil berkata pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa pada 10 pagi sejurus menerima laporan mengenai kejadian itu dengan menugaskan aset bot Maritim Malaysia Pengawal 20.

“Semua agensi yang terlibat juga telah dimaklumkan untuk memberi bantuan sekiranya diperlukan. Aset lain yang terlibat dalam operasi ini adalah RH52 daripada Pasukan Polis Marin dan bot milik orang kampung,” katanya.

Beliau berkata Pasukan Gerakan Udara turut membantu operasi itu menggunakan pesawat Cessna Caravan pada 2.30 petang ini. – BERNAMA

Tags: PemancingPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

22/12/2024
0

Semporna : Tiga pemancing berdepan detik cemas apabila dirompak empat lelaki berpakaian celoreng tentera di kawasan perairan antara Pulau Boheyan...

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

21/03/2023
0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd