• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Mangsa Culik Abu Sayyaf Selamat Tiba Di Tawau

oleh AK-47
04/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Tiga rakyat Malaysia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf dan dibebaskan pada 27 Mac lepas setelah lebih lapan bulan dalam tahanan di selatan Filipina, selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau di sini, hari ini.

Mohd Jumadil Rahim, 24, Mohd Ridzuan Ismail, 33, dan Fandy Bakran, 27, tiba dengan pesawat Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada kira-kira pukul 5.40 petang.

Ketibaan mereka disambut Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan; ADUN Sebatik, Datuk Muis Picho dan ADUN Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.

Ketika ditemui pemberita, Fandy, Jumadil dan Ridzuan berkongsi rasa kegembiraan apabila menjejakkan kaki kembali ke kampung halaman di Tawau.

“Bersyukur dan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman), Kelab Putra 1Malaysia dan semua yang berjasa di atas pembebasan kami berlima dan selama kami menjadi tahanan Abu Sayyaf yang telah membantu keluarga serta mendoakan keselamatan kami sehingga kembali ke tanah air,” kata Jumadil.

Mohd Ridzuan pula berkata ketiga-tiga mereka mahu berehat dan menenangkan diri sebelum menerima sebarang tawaran pekerjaan kerana masih trauma.ulan Abu Sayyaf Selamat

“Kami mahu berehat dahulu dan selepas itu baru melakukan perancangan lain termasuk menunggu panggilan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.

Selain mereka bertiga, pada 23 Mac lepas dua rakyat Malaysia iaitu Abd Rahim Summas, 62, dan Tayudin Anjut, 46, turut diselamatkan pasukan keselamatan Filipina berdekatan Pulau Pata di Sulu.

Abd Rahim dan Tayudin bagaimanapun masih berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Serdang.

Dalam kejadian 18 Julai lalu, lima rakyat Malaysia itu diculik kumpulan Abu Sayyaf selepas kapal tunda Serudong 3 yang mereka naiki, ditemukan dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven di Lahad Datu. – BERNAMA

Tags: culikKumpulan Abu Sayyaf Selamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd