• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

296 Warga Korea Utara Menyerah Diri

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan seramai 296 warga Korea Utara yang berada di Malaysia secara tidak sah telah menyerah diri kepada jabatan itu sejak 11 April lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, ia termasuk 113 daripada 117 warga Korea Utara yang dikenal pasti telah tamat tempoh pas tetapi masih berada di Sarawak sebelum ini.

Kata beliau, seramai 183 orang warga Korea Utara yang tinggal lebih masa menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) juga telah menyerah diri.

“Sehingga hari ini seramai 113 daripada 117 orang warga Korea Utara dalam senarai Jabatan Imigresen Sarawak telah menyerah diri.

“Bagi empat lagi warga Korea Utara yang masih belum menyerah diri, majikan telah memberikan jaminan untuk menyerahkan mereka pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafar berkata, kemasukan warga Korea Utara tersebut ke Sarawak sebelum ini tidak memerlukan Visa Masuk dan pihak syarikat juga tidak pernah hadir ke Pejabat JIM Sarawak untuk mengemukakan permohonan Pas Kerja.

Menurut beliau, majikan juga telah mengesahkan tiada lagi warganegara Korea Utara yang telah tinggal lebih masa menggunakan PLS.

“Kesemua 296 orang warga Korea Utara itu telah dan akan keluar dari Malaysia secara berperingkat dengan kerjasama majikan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Mustafar Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ada Parti Manipulasi Lepasan Sekolah Agama Jadi Ahli

Next Post

Buaya Baham Anak Gajah Dibelasah Geng Gajah Dewasa

Related Posts

Mustafar Ali Dilantik Ketuai NFCC

01/01/2019
0

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mustafar Ali, yang bersara sebagai Ketua Pengarah Imigresen hari ini, akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan...

JIM Mahu Majikan Gaji PATI Terima Hukuman Berat

28/12/2018
0

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berharap pihak Mahkamah dapat menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk hukuman sebat ke atas...

Next Post

Buaya Baham Anak Gajah Dibelasah Geng Gajah Dewasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd