• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 April Tarikh Pemilihan Presiden BAM

oleh
08/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tarikh 29 April menjadi penentu siapa bakal Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu antara Tan Sri Mohamed Al Amin Majid atau Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Sehingga kini, tiada tanda-tanda kompromi dicapai antara kedua-dua pihak, sekali gus menjadikan mesyuarat agung tahunan (AGM) BAM di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor pada 29 April sebagai penentu.

Mohamed Al Amin yang juga Pemangku Presiden BAM berkata tarikh itu ditetapkan dengan AGM bermula pukul 11 pagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada akan berlaku pertandingan antaranya dan Mohamad Norza.

“Ia masih terlalu awal untuk memperkatakannya pada ketika ini. Anggota majlis berpendapat kami berdua mahukan yang terbaik untuk BAM,” katanya selepas mesyuarat Majlis BAM di sini hari ini.

Menurut Mohamed Al Amin, anggota majlis memberi mandat kepada kedua-dua mereka untuk mencari penyelesaian menang-menang dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini.

“Oleh itu, saya tidak boleh mendedahkan apa yang kami akan lakukan. Kami berkawan baik tetapi mempunyai cara kerja masing-masing untuk melaksanakan tugas,” katanya.

Mohamad Norza yang turut hadir berkata, anggota majlis sudah tahu kekuatan serta kelemahan masing-masing dan menghargai sumbangan mereka kepada sukan itu.

“Mereka bersetuju untuk kami mencari penyelesaian terbaik bagi terus maju,” katanya.

“Oleh kerana proses ini masih dijalankan, tiada persoalan siapa antara kami yang perlu memberi laluan. Saya percaya kami mampu menanganinya,” katanya sambil menambah BAM mempunyai rekod baik peralihan pimpinan sejak lebih 30 tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Al Amin berkata BAM sekali lagi mencalonkan Datuk Lim Teong Keat sebagai wakil negara dalam Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi pemilihan badan induk dunia itu bulan depan.

“Beliau telah memberi khidmat yang baik dan pastinya lebih baik untuk beliau teruskan,” katanya.

Sementara itu, mengenai Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung di sini, Mohamed Al Amin memuji tuan rumah Sarawak yang berjaya menganjurkannya dengan baik serta kehadiran penonton yang ramai.

Beliau bagaimanapun kesal ada pemain remaja yang gagal memberi persembahan terbaik walaupun membuat persiapan rapi serta mendapat kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Kita tidak boleh memberi alasan sama atas kegagalan di kejohaan ini atau yang lain. Mereka perlu meningkatkan prestasi. Kami tidak boleh terus menunggu,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Al Amin gembira dengan persembahan beregu campuran, beregu wanita dan lelaki serta pemain perseorangan yang menampilkan aksi yang baik walaupun tewas, selain Datuk Lee Chong Wei yang terus mendukung cabaran negara. – BERNAMA

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd