• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Serangan, 5 Letupan Bom Di Selatan Thai

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK- Polis Thai semalam melaporkan 23 serangan, termasuk lima letupan bom kecil di selatan negara itu, beberapa jam selepas Raja Maha Vajiralongkorn menandatangani perlembagaan baru untuk menamatkan pemerintahan tentera.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan berlaku.

“Serangan itu bertujuan mencetuskan kekacauan. Mereka mahu memusnahkan kredibiliti kerajaan dan mewujudkan ketakutan dalam kalangan rakyat,” kata Pramote Prom-in, jurucakap pasukan keselamatan serantau.

Sehingga ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab dan pasukan keselamatan berkata, mereka belum dapat memastikan identiti penyerang.

Serangan itu dilapor berlaku di 19 daerah di selatan Thai yang membabitkan wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat serta wilayah berhampiran, Songkhla.

Serangan meluas secara serentak di rantau berkenaan tidak pernah berlaku. Butir terperinci mengenainya masih belum diterima tetapi ia dikatakan membabitkan letupan bom pada 52 tiang elektrik, menyebabkan bekalan elektrik terputus di banyak kawasan.

Menurut Pramote, beberapa kejadian pembakaran tayar terpakai juga berlaku.

Vajiralongkorn kelmarin menandatangani perlembagaan baru yang disokong tentera, langkah penting untuk mengadakan pilihan raya seperti yang dijanjikan junta tentera dalam usaha mengembalikan demokrasi.

Penduduk selatan Thai adalah antara paling kuat mengundi menolak perlembagaan itu ketika pungutan suara diadakan tahun lalu.

Isnin lalu, polis melaporkan apa yang mereka sifatkan sebagai serangan terbesar kumpulan pemisah selatan negara itu dalam masa beberapa tahun apabila kira-kira 30 orang melepaskan lebih 500 tembakan, menyasarkan sebuah pondok tentera di Yala. – Agensi/myMetro Online

Tags: Selatan Thailandserangan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

02/09/2024
0

PATTANI - Sebanyak 20,000 pelancong dari Malaysia bercuti di Wilayah Selatan Thailand dan menyumbang lebih 100 juta Baht (100 Baht...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Serangan Kebakaran Di selatan Thailand

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Serangan Kebakaran Di selatan Thailand

23/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas dalam serangan kebakaran di beberapa tempat di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd