• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Mayat Bayi Dalam Plastik Hitam Di Atas Jambatan

oleh AK-47
26/04/2017
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menyatakan terdapat dua mayat bayi di dalam plastik berwarna hitam yang dijumpai di atas jambatan berhampiran Jalan Parang, Pelabuhan Klang Utara, dekat sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata penemuan wujudnya dua mayat bayi di dalam dua beg plastik berwarna hitam itu adalah hasil bedah siasat pakar perubatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, hari ini.

“Kedua-dua mayat bayi itu dibaluti kertas surat khabar dan dimasukkan dalam dua plastik hitam. Mayat pertama, berjantina perempuan, dianggar berusia tujuh bulan di dalam kandungan manakala mayat kedua kemungkinan besar lelaki, lima bulan di dalam kandungan.

“Semasa polis menemui plastik hitam itu, dilihat hanya terdapat satu mayat dan satu plastik lagi dianggap urinya kerana mayat bayi lelaki itu terlalu kecil dan tidak cukup sifat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mayat bayi itu dijumpai seorang pekerja juruukur jalan ketika sedang membuat kerja penyelenggaraan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 9.50 pagi.

Beliau berkata laporan bedah siasat menunjukkan kedua-dua mayat bayi itu tidak mempunyai kecacatan fizikal atau sebarang kecederaan nyata namun ia telah mula mereput.

Menurut Mohd Yusoff, hasil pereputan menyebabkan terdapat lubang pada bahagian dada dan paha kiri mayat bayi perempuan manakala mayat bayi lelaki berkenaan pula menampakkan tengkorak dan bahagian dalam lehernya.

Katanya organ dalaman pada mayat kedua-dua bayi itu turut reput namun terdapat lubang pada jantung mayat bayi perempuan manakala jantung pada mayat bayi lelaki tersebut terlalu kecil dan reput sehingga pemeriksaan lanjut tidak dapat dijalankan.

“Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat, lubang pada jantung mayat bayi perempuan itu adalah normal bagi usia tumbesaran bayi di dalam kandungan,” katanya.

Beliau berkata punca kematian kedua-dua bayi itu tidak dapat dipastikan kerana pereputan namun mayat bayi perempuan dianggar mati seminggu sebelum bedah siasat dijalankan disebabkan tali pusatnya telah kering.

Katanya mayat bayi lelaki itu pula masih terdapat uri bersamanya ketika ditemui dan bangsa kedua-dua mayat itu tidak dapat dikenal pasti.

Mohd Yusoff berkata polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut kes berkenaan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – BERNAMA

Tags: buang bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Longgokan Sampah

25/10/2021
0

BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di tong sampah di kawasan Flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd