• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Remaja Ditahan Berlumba Basikal ‘Jempol’

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan 13 remaja berumur dalam lingkungan 11 dan 15 tahun dan menyita 15 basikal ‘Jempol’ yang diubah suai selepas mereka didapati menunggang basikal secara berbahaya di Jalan Denai, Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. M. Kumar berkata kegiatan ini didapati masih lagi berlaku meskipun beberapa siri tangkapan dan rampasan terhadap remaja berbasikal itu telah dibuat serta nasihat dan teguran telah diberikan oleh polis tentang aktiviti berbahaya ini.

“Kesemua mereka ditahan pada pukul 4.30 petang semalam oleh sepasukan polis dari Balai Polis Pelangi Indah setelah menerima maklumat orang awam,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Masih terdapat kumpulan berbasikal “Jempol” yang degil dan menjadikan jalan raya sebagai tempat aktiviti mereka untuk berlumba dan bermain walaupun pada 18 Feb lalu telah berlaku insiden maut yang meragut lapan nyawa di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran tanah perkuburan Mahmoodiah,” katanya.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan yang dibuat telah dibawa ke Balai Polis Pelangi Indah untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan polis juga mendapati salah seorang remaja yang ditahan didapati tidak bersekolah.

Kesemua remaja tersebut kemudiannya telah dibebaskan dan diserahkan semula kepada ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing selepas keterangan mereka diambil.

Sehingga kini, pihak Polis Trafik Daerah Johor Bahru Selatan telah mengambil tindakan mengeluarkan 13 saman Pol 257 atas kesalahan di bawah peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959 (kesalahan ubah suai, tiada brek dan loceng).

Kumar berkata pihak polis telah berulang kali menasihatkan kepada masyarakat terutamanya ibu bapa agar sentiasa berwaspada dan memantau setiap pergerakan dan perbuatan anak-anak mereka.

“Saya ingin menegaskan bahawa tindakan undang-undang boleh juga diambil terhadap ibu bapa remaja tersebut di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan,” katanya.

Jika sabit kesalahan. mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-dua sekali. – BERNAMA

Tags: lumba basikalremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd