• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wow Aiman Tino Dapat Hadiah Kereta Audi!

oleh AK-47
09/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN dirinya baharu setahun jagung berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, nyata tuah begitu memihak kepada pelantun lagu berhantu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino.

Masakan tidak, dia baharu sahaja dihadiahkan sebuah kereta super mewah Audi R8 malah turut disediakan pemandu peribadi memandangkan dirinya masih belum mempunyai lesen memandu.

Contoh kereta Audi R8.

Menurut Aiman, hadiah itu menjadi pemangkin semangat buatnya untuk terus berusaha dalam mempromosikan produk Sweet Aiman yang dimilikinya.

Menurut laporan mStar, hadiah mewah itu sebenarnya dihadiahkan oleh Pengarah Urusan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd, Datuk Ryzal Jamaludin yang juga merupakan rakan strategik Aiman dalam penghasilan produk kecantikan tersebut.

Aiman bersama Datuk Ryzal, individu yang menghadiahkan kereta Audi R8 kepadanya.

“Siapa tak gembira dapat kereta seperti itu tetapi malangnya saya masih belum ada lesen memandu dan akan cuba mendapatkannya jika ada masa terluang.

“Dapatlah nanti saya memandu sendiri kereta itu tanpa perlu menggunakan khidmat pemandu peribadi,” katanya yang baharu berusia 19 tahun.

Tiga produk keluaran pertama penyanyi ini terdiri daripada 3D Cream DD Mineral Cushion, Candy Cherry Bite dan Cherry Brite HD. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aiman tinoAudikereta mewah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aiman Tino Masuk UMNO

Aiman Tino Masuk UMNO

17/03/2023
0

KUALA KUBU BHARU : Penyanyi, Aiman Tino, 25, menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian ahli UMNO di Pejabat UMNO Bahagian...

PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd