• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Watak Gay, Tayangan Beauty & The Beast Ditangguhkan

oleh AK-47
14/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGIKUT dan peminat setia filem keluaran Walt Disney pastinya tak sukakan perkhabaran terbaharu ini.

Ini kerana tayangan filem terbaharu keluaran syarikat produksi terkenal itu iaitu Beauty and the Beast dilaporkan terpaksa ditangguhkan tayangannya di Malaysia dipercayai disebabkan naskhah tersebut memaparkan satu watak gay yang dilakonkan oleh aktor Josh Gad.

Filem itu sebelum ini mendapat kelulusan untuk ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini (16 Mac).

Memetik laporan The Star, filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karekter Le Fou merupakan seorang gay (pengamal hubungan sejenis).

Pengedar filem itu di sini, The Walt Disney Co. (Malaysia) difahamkan enggan mengulas lanjut mengenai penangguhan serta pengharaman filem itu di negara ini.

Rayuan untuk menayangkan filem itu dipercayai sudah dihantar kepada pihak berkaitan dan sekiranya tayangan diluluskan, ia berkemungkinan besar akan menemui penonton dalam masa terdekat.

Hasil pemerhatian menerusi laman web dua rangkaian pawagam terbesar di Malaysia, TGV dan GSC, kedua-duanya sudah pun mengeluarkan masa tayangan filem itu di halaman masing-masing.

Susulan kontroversi watak gay, filem ini turut diharamkan daripada ditayangkan di sebuah panggung wayang di Alabama, Amerika Syarikat selain negara Rusia menghadkan hanya penonton berusia 16 tahun ke atas sahaja boleh menonton filem tersebut.

Beauty and the Beast dibintangi pelakon hebat Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston). – MYNEWSHUB.CC 

Tags: emma watsonhollywoodpelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd