• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Sesat Lebih 8 Jam Di Bukit Cherok Tokkun

oleh
11/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita warga emas sesat lebih lapan jam di Bukit Cherok Tokkun di sini, ketika sedang mendaki bukit itu semalam.

Pan Yoke Yun, 68, dikatakan mula mendaki pada pukul 6 petang secara sendirian sebelum dia menghubungi anaknya memaklumkan telah tersesat dan gagal mencari jalan untuk turun.

Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Abdul Aziz Usoff berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kes itu pada pukul 8.46 malam tadi dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.

Katanya anggota bomba kemudian membuat pencarian di sekitar lokasi dengan membahagi kepada beberapa pasukan.

Abdul Aziz berkata operasi mencari dan menyelamat turut dibantu anggota bomba sukarela serta beberapa agensi lain.

“Wanita itu akhirnya dijumpai pada pukul 3.16 pagi di atas bukit berkenaan dalam keadaan selamat dan dibawa turun serta diberi rawatan. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, anak Pan yang hanya mahu dikenali sebagai Yong, 38, berkata ibunya memang selalu mendaki bukit berkenaan bersama beberapa rakan yang lain tetapi semalam dia melakukannya bersendirian.

Katanya beliau menerima panggilan daripada ibunya kira-kira pukul 8.30 malam memaklumkan dia telah tersesat sebelum bertindak menghubungi bomba.

“Pada mulanya ibu cuba untuk mencari jalan turun tetapi tidak jumpa dan nasib baik ibu tidak mengalami kecederaan. Dia cuma terkejut kerana tidak menyangka akan sesat malam tadi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sesatwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SOP Tentukan Harga Siling Bahan Api Dibentang Rabu Ini

Next Post

MOA Gesa Belia Rebut Geran Program Agropreneur Muda

Related Posts

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

22/05/2025
0

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, di...

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Next Post

MOA Gesa Belia Rebut Geran Program Agropreneur Muda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd