• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajah Pemandu Cuai Tular Di Media Sosial

oleh AK-47
15/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA maaf bagimu! Itu yang dilontarkan netizen terhadap seorang remaja perempuan yang memandu kereta melawan arus hingga menyebabkan kematian di KM 134, Lebuh Raya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, pagi Selasa.

Kejadian tersebut menjadi tular menerusi media sosial apabila sebuah rakaman video menunjukkan kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu remaja perempuan itu dalam keadaan melawan arus.

Akibatnya, seorang pekerja kilang di Seberang Jaya, Mohamad Fandi Rosli, 26, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Perkongsian video berkenaan mendapat perhatian netizen dan akhirnya muncul pula gambar pemandu remaja perempuan itu beserta dengan butiran peribadinya.

Menerusi perkongsian Facebook Penang Kini, remaja tersebut yang dikenali sebagai Ng Pei Ven atau Cindy Ng berusia 19 tahun dan berasal dari Sungai Dua, Butterworth.

“Maaf… kami jarang sekali viralkan muka suspek atau mana-mana pesalah sekalipun. Namun kali ni tiada maaf bagi mu.

“‘Pembunuhan’ ini telah menyebabkan seluruh rakyat Malaysia memang marah kepada mu!

“Nyawa seorang suami yang baru berkahwin terkorban kerana kebodohan kamu Ng Pei Ven @ Cindy Ng! Ini bukan kemalangan biasa. Ia sememangnya tak dapat diterima sesiapa sekalipun!” tulisnya.

Turut dikongsikan beberapa keping gambar Cindy yang bergelar Miss Popularity dalam satu program di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Wajah Pemandu Cuai Tular Di Media Sosial

“Boleh hukum gantung sampai mati tak? Sebab dah terang lagi bersuluh. Akibat kecuaian sendiri, habis orang lain terlibat. Berubah terus kehidupan orang lain yang tidak bersalah,” tulis Faizah Alias.

“Hukuman paling berat patut diberikan,” tulis Puan Adelia Abu.

“Atas alasan mabuk je tiket untuk bunuh orang. Kalau macam tu buatlah satu undang-undang yang lebih kukuh untuk menghukum tertuduh. Kalau ikut undang-undang British tertuduh dihukum ringan sebab mabuk,” tulis Rimon Sukor.

Pelbagai tohmahan yang diberikan netizen termasuk mendakwa pemandu tersebut berada di bawah pengaruh dadah jenis syabu dan mabuk.

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi, kereta Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika insiden berlaku.

Pemandu terbabit, seorang model separuh masa di acara pelancaran dan pameran kereta, dijangka dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ButterworthcuaiLebuhraya Utara Selatanpemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Sebabkan Kematian Anak Dalam Kereta Kerana Sibuk Tengok Porno – Bunuh Diri

Bapa Sebabkan Kematian Anak Dalam Kereta Kerana Sibuk Tengok Porno – Bunuh Diri

07/11/2025
0

Oleh Mynewshub  ARIZONA – Seorang lelaki dari Arizona, Amerika Syarikat yang sebelum ini dituduh meninggalkan anak perempuannya berusia dua tahun...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd