• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustazah Didakwa Sembunyi Wang Milik Seorang Guru

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ustazah di sebuah sekolah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, di sini, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang milik guru wanita yang dikenali melalui laman sosial Facebook.

Nooraini Dzkeria, 51, didakwa dengan curangnya mengalih atau menyembunyikan wang berjumlah RM3,200 milik Nor Akmar Shah, 51, ke dalam akaun Maybank miliknya, yang tertuduh mengetahui wang itu bukan miliknya.

Wanita itu yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Buloh, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah di Ampang, pada 1.17 tengah hari, 22 Feb 2016.

Nooraini yang juga guru kaunseling didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim menawarkan wang jaminan RM4,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis.

Tertuduh yang diwakili peguam Dony Abdullah memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan wanita itu mempunyai dua anak dan telah ditahan reman selama 12 hari selain memberi kerjasama baik kepada pihak polis.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap sebulan, sehingga kes itu selesai.

Mahkamah menetapkan 6 April untuk sebutan semula kes.

Terdahulu di galeri awam, wanita itu yang hadir bersama suami dan anak lelakinya, kelihatan menangis sebelum ditenangkan suaminya. – BERNAMA

Tags: GuruUstazah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UUM Jalin Kerjasama Dengan Pelancongan Langkawi

Next Post

Perlu Ambil Berat Soal Pemberian Nama Anak

Related Posts

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

01/05/2025
0

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) menarik semula arahan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung keperluan guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Next Post

Perlu Ambil Berat Soal Pemberian Nama Anak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd