• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Uqasha Minta Maaf Pegang Tangan Shah Iskandar

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia sudah menyampaikan pesanan meminta maaf kepada isteri Shah Iskandar selepas gambar berpegangan tangan dengan aktor itu dalam sebuah majlis tular di media sosial.

Uqasha, 25, berkata, tindakan itu bagi mengelak rasa kurang senang atau salah faham yang boleh menjejaskan hubungan rumah tangga pelakon gandingannya dalam drama Syurgaku Tak Sempurna.

“Saya ada menyampaikan pesanan melalui Shah kepada isterinya bahawa saya meminta maaf dan minta dia jelaskan perkara sebenar pada majlis berkenaan, saya tiada apa-apa hubungan dengan suami dia.

“Saya tidak mahu perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang terhadap saya. Shah sudah beritahu isterinya tentang itu dan dia juga faham situasi kami,” ujarnya kepada mStar Online.

Uqasha Minta Maaf Pegang Tangan Shah Iskandar
Foto Uqasha dan Shah Iskandar yang menimbulkan kontroversi.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mengulas tentang kontroversi foto berpegangan tangan dengan aktor berkenaan di sebuah majlis hiburan hingga mengundang kritikan netizen di media sosial.

Selain itu, tambah Uqasha dia terkilan apabila orang ramai menjadikan perkara itu sebagai satu isu yang besar.

“Saya hairan kerana hanya kami yang dijadikan isu sedangkan ada pasangan lain di situ yang berjalan rapat dan mesra juga.

“Saya dan Shah banyak kali digandingkan bersama, saya juga hormat dia sebagai suami orang. Bila perkara ini berlaku saya jadi segan dengan isteri dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kritikan yang diterima, Uqasha berkata dia sudah lali dan enggan terlalu mengambil peduli tentang kritikan masyarakat terhadap dirinya. – mStar Online

Tags: pelakonuqasha senrose
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd