• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Jalan Elak Katak Mengawan Kena Gelek

oleh Ahmad Albab
03/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARRISBURG – Perkhidmatan Taman Negara menutup jalan raya di Pennsylvania lebih awal berbanding jadual asal bagi mengelakkan katak dan salamander digelek kenderaan.

Ini kerana banyak haiwan itu akan keluar beramai-ramai mencari pasangan sepanjang musim mengawan. Ketika cuaca elok, ratusan dan kadang-kala mencecah ribuan amfibia bergerak di seluruh wilayah itu untuk mengawan.

Namun, disebabkan cuaca sejuk luar biasa kali ini, jalan perlu ditutup waktu malam di Middle Smithfield Township lebih awal tahun ini ketika gerombolan katak, salamander bintik dan amfibia lain mencari pasangan masing-masing.

“Tahun ini, jalan ditutup pada Februari, yang tidak pernah kami lakukan sebelum ini,” kata seorang renjer taman, Kathleen Sandt kepada stesen tempatan WNEP.

Berbanding sebelum ini, musim mengawan adalah antara pertengahan Mac hingga pertengahan April. Tahun ini ia bermula lebih awal, iaitu pada awal Mac.

Jalan raya di kawasan Taman Rekreasi Negara Delaware Water Gap ditutup mulai jam 5.00 petang hingga 6.30 pagi.

Jika anda dapat lihat, di belakang kita adalah hutan dan di situ ia menghabiskan musim sejuk dan kemudian keluar apabila keadaan semakin elok,” kata Sandt.

Penutupan jalan juga memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan proses bertelur yang dianggap mengagumkan, selain mendengar bunyi katak.

Pemandu yang melanggar arahan boleh dikenakan denda antara AS$50 hingga AS$150 (RM222 hingga RM667) dan hukuman jenayah, jika mencederakan pejalan kaki. – RUSSIA TODAY

Tags: katakpelik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Pengemis Bermaskot Katak Dicekup, Diberi Amaran Keras

Tiga Pengemis Bermaskot Katak Dicekup, Diberi Amaran Keras

28/02/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Tiga lelaki yang beraksi di sebalik maskot katak dicekup dalam operasi khas oleh Jabatan Kebajikan...

Spesies Baharu Katak Ditemui Di India

17/03/2019
0

GAINESVILLE - Satu spesies baharu katak kerdil yang mempunyai corak badan seperti bintang di langit telah ditemui di kawasan banjaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd