• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS! Baru semalam aktor Datuk Hans Isaac mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas Ratu Pelancongan Malaysia 2011, Aileen Gabriella Robinson atau Gabby.

Namun pada hari ini media sosial digegarkan dengan ‘pengakuan’ terbuka bekas kekasih wanita itu!

Menerusi sebuah status yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Robin Coenraad di laman Facebook, Robin meluahkan rasa terkejut dan kecewanya apabila mengetahui kekasihnya sendiri bakal berkahwin dengan lelaki lain menerusi hebahan berita.

Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF

“Saya tak sangka saya telah dicurangi selama setahun lebih sehinggalah hari ini. Bekas kekasih saya, sejak semalam, rupanya akan berkahwin dan saya mendapat berita itu melalui media.

“Setelah semua yang saya korbankan dan cuba lakukan untuknya, dia telah menghancurkan hati saya.

“Hanya dua hari lalu kami telah ‘bersama’ dan dialah satu-satunya wanita yang saya sentuh sepanjang kami bersama. Saya sememangnya setia dengannya, Tuhanlah saksi saya.

“Tanpa pengetahuan saya, dia telah mempermainkan saya dan menipu saya semasa menghadiri kelas kitab Injil di gereja. Saya sangka saya sudah pernah melihat kejahatan, tetapi perkara ini amat berbeza daripada apa yang telah saya lalui selama ini.

“Saya tahu jauh di sudut hati ada sesuatu yang tidak kena dan saya mahu dia berterus-terang, beberapa kali namun setiap kali dia menafikannya jadi saya benar-benar sangka dia masih mahukan saya. Saya maafkan dia dan teruskan mencuba.

“Lawatannya ke Singapura rupanya bukan bersama-sama ibunya, dia telah dilamar sebulan yang lalu, semasa kami masih bersama. Aktiviti telefon bimbitnya yang mencurigakan selama ini kini terjawab.

“Kini saya hanya fikirkan adakah lelaki yang melamarnya sebulan lalu tahu kewujudan saya ataupun tidak.

“Ini merupakan kali ketiga bekas kekasih saya berkahwin sejurus selepas menipu saya. Saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan sekarang.”

Status ‘panas’ ini telah dikongsi sebanyak 300 kali setakat ini dan menerima pelbagai komen daripada para netizen.

Hans dan Gabby mengumumkan mereka bakal berkahwin pada 29 Julai depan setelah setahun lebih mengenali hati budi.

Jika benarlah apa yang ditulis oleh Robin ini, kami tidak boleh membayangkan perasaan Hans ketika ini.

Apa-apa pun, kita tunggu sahajalah kenyataan daripada pihak Hans dan tunangnya sendiri sebelum membuat andaian masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ArtiscurangHans Isaac
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Salur Maklumat Pemerdagangan Manusia

Next Post

Pang Chee Pin… Lelaki Berwajah Bangla, Bernama Cina

Related Posts

Wanita Tikam Teman Lelaki Ketika Dipaksa Lakukan Seks Ada Rekod Dadah

Bella Akui Kesilapan Mahu Perhatian Aliff, Hubungan Dengan Muaz Berakhir Tahun Lepas

04/04/2024
1

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang...

Lima Kanak-kanak Antara 19 PATI Ditahan Dalam Ops Sapu

Lelaki Didakwa Curang Maut Ditikam Kekasih

12/03/2024
0

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di...

Next Post

Pang Chee Pin... Lelaki Berwajah Bangla, Bernama Cina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd