• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Sekretariat Bantu Rohingya – Hadi Awang

oleh Ahmad Albab
15/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kesatuan Ulama Islam Sedunia hari ini menggesa negara-negara Islam menubuhkan sekretariat untuk menyelaras program pembangunan kesihatan dan pendidikan bagi masyarakat minoriti Islam, khususnya Rohingya.

Naib Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekretariat itu boleh dipengerusikan oleh Kuala Lumpur dan di bawah naungan kerajaan Malaysia semasa penubuhannya.

“Program pembangunan dalam pendidikan dan kesihatan adalah amat penting kerana kebanyakan etnik Rohingya, terutama kanak-kanak tidak mendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan yang sempurna.

“Di tengah-tengah persekitaran antarabangsa yang semakin kompleks, kita berharap usaha ini akan membuahkan hasil dan dengan itu dapat mengurangkan penderitaan masyarakat Rohingya,” kata beliau ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Rohingya, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Abdul Ghaffar Aziz.

Sementara itu, Abdul Hadi menggesa kerajaan Myanmar untuk menghentikan keganasan terhadap etnik Rohingya dan membenarkan mereka menjalani kehidupan seperti kumpulan etnik lain di negara itu.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan bersama oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Institut Keselamatan Awam Malaysia, International Federation for Relief and Development (FRD) dan Yayasan Amal Malaysia.

Bertemakan nasib Rohingya: Mencari Penhyelesaian, persidangan tersebut dianjurkan untuk memahami sejarah Rohingya, mengenal pasti masalah dan penyelesaian. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangIsu Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd