• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50: Generasi Muda Tidak Beban Kos Sara Hidup

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan memastikan generasi akan datang tidak ‘mewarisi’ beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat kini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perkara itu mampu direalisasikan dengan pelaksanaan pelbagai aspirasi disuarakan generasi muda untuk TN50 antaranya dalam soal pengangkutan, perumahan dan kemudahan kesihatan mampu milik serta pekerjaan lebih baik.

“Isu kos sara hidup akan dapat ditangani jika aspirasi ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh kerajaan. Contohnya antara penyumbang terbesar kos sara hidup tinggi ialah perumahan iaitu sewa dan harga rumah yang tinggi, begitu juga kos pengangkutan awam yang tinggi, kita guna kenderaan sendiri…petrol meningkat dan sebagainya.

“Tetapi apabila kita dapat melabur dengan menjadikan kawasan bandar dan luar bandar lebih sesuai didiami dengan rumah mampu milik, pengangkutan awam lebih murah…ini dengan sendirinya menyelesaikan masalah kos sara hidup,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Siri Dialog TN50 Melaka di Ayer Keroh di sini, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan kira-kira 1,500 peserta.

Khairy berkata apa yang penting sekarang adalah memastikan TN50 mampu mengadakan penyelesaian jangka panjang bagi memastikan pelan itu dapat mengatasi masalah peningkatan kos sara hidup.

“Kita ada penyelesaian secara ad hoc seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya tetapi penyelesaian secara struktur melalui TN50 mestilah datang daripada sumber aspirasi yang saya katakan tadi,” katanya.

Beliau berkata inisiatif penyelesaian kos sara hidup yang dikemukakannya melalui Pergerakan Pemuda UMNO hanyalah berbentuk reaktif dan bukan secara struktur jangka panjang.

“Seperti penangguhan kenaikan harga tol itu hanya penangguhan, tetapi nanti kena naikkan juga tol. Kita mahu penyelesaian secara struktur seperti rumah mampu milik dan pekerjaan lebih baik barulah dapat atasi masalah kenaikan kos sara hidup,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kos Sara HidupTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas Bincang Kos Sara Hidup

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas Bincang Kos Sara Hidup

27/11/2022
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd