• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Exco PAS Tetap Kekal Dalam Pentadbiran Selangor

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada kerajaan negeri diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) selagi tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ketiga-tiga mereka termasuk dirinya juga akan menunggu keputusan muktamar PAS bulan depan, sebelum memutuskan langkah seterusnya.

“Saya ikut arahan presiden parti sebab kita hanya ada satu presiden sahaja… buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti biasa,” katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Selain Iskandar, dua lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS ialah Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Hubungan antara PAS dan PKR tegang susulan ada cadangan daripada beberapa PAS kawasan yang menuntut pucuk pimpinan memutuskan kerjasama dengan PKR selepas parti itu bertegas untuk menjalin kerjasama dengan PAN dan DAP.

Media sebelum ini melaporkan isu kerjasama politik antara kedua-dua parti terbabit akan dibawa ke muktamar PAS pusat yang dijadualkan 27 April hingga 1 Mei ini.

Mengulas perkembangan lain, Iskandar berkata keputusan kerajaan persekutuan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat tidak menjejaskan semangat parti itu untuk meneruskan pembentangan RUU tersebut.

“Kita akan tetap teruskan… ini inisiatif kami, kita yakin ia tetap akan dibentangkan oleh presiden parti (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” kata Naib Presiden PAS itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu lepas mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.

RUU 355 itu diusul buat kali pertama di Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan dibuat sekali lagi pada 24 November tahun lepas oleh Abdul Hadi. – BERNAMA

Tags: Datuk Iskandar Abdul SamadExco PAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saksikan Video Comelnya Kids News TV AlHijrah

Next Post

Najib Bertemu Rajinikanth Sempena Lawatan Rasmi

Related Posts

EXCO PAS Dikecam Kerana ‘Cemuh’ Menu Rahmah

EXCO PAS Dikecam Kerana ‘Cemuh’ Menu Rahmah

03/03/2023
0

Selepas beberapa kontroversi berhubung hidangan Menu Rahmah mengaitkan wakil rakyat PAS, kali ini seorang Adun parti itu melalui rakaman video...

Tiga Exco PAS Menjunjung Kasih Titah Sultan Selangor

26/05/2017
0

SHAH ALAM - Tiga anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS hari ini menjunjung kasih perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris...

Next Post

Najib Bertemu Rajinikanth Sempena Lawatan Rasmi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd