• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lokasi Jangkitan Baharu Hapositif H5N1

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini memaklumkan tiada lokasi baharu yang disahkan positif penyakit H5N1 atau selesema burung serta pengesanan jangkitan baharu wabak itu sejak lima hari lalu sehingga semalam (22 Mac).

Menurut kenyataan jabatan itu, dalam operasi pemantauan yang dijalankan semalam, sebanyak 65 sampel telah diambil dari 13 premis serta 1,556 ternakan unggas dan 1,018 biji telur dilupuskan.

“Secara keseluruhan, 28 lokasi disahkan positif virus H5N1 di enam jajahan iaitu Kota Bharu (14 lokasi), Pasir Mas (enam), Tumpat (tiga), Tanah Merah (satu), Bachok (satu) dan Pasir Puteh (tiga) melibatkan 43 premis.

“Operasi pelupusan selesai dijalankan di 15 lokasi dan masih diteruskan di lokasi-lokasi yang lain.

“Jumlah pelupusan setakat ini adalah 37,555 ternakan dan 15,348 biji telur selain 3,457 sampel diambil daripada 584 pemilik ternakan unggas,” katanya.

Menurut jabatan itu pasukan petugas pelupusan digerakkan untuk menangkap dan melupuskan kesemua unggas di sekitar 1km radius dari setiap lokasi yang dikesan penyakit.

“Ternakan unggas yang dilupuskan tidak bermaksud ternakan tersebut berpenyakit tetapi ia perlu dilupuskan bagi membentuk buffer untuk mengelaknya daripada merebak,” katanya.

Katanya wabak itu sedang dikawal dalam radius 30km dari lokasi Kampung Pulau Tebu melibatkan enam jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Bachok.

Keadaan adalah terkawal dan terhad kepada kawasan dijangkiti yang melibatkan ayam kampung daripada penternak kecil-kecilan sahaja, katanya.

Jabatan itu turut memaklumkan bahawa sekatan jalan raya juga dikendalikan di empat lokasi strategik sebagai kawalan pergerakan unggas keluar dari Kelantan.

“Negeri-negeri lain kekal bebas dan berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi, serta sedang melakukan pemantauan yang aktif dan kawalan pergerakan unggas di jalan masuk ke negeri masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Tags: H5N1KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd