• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Influenza A Dalam Kalangan Manusia

oleh AK-47
17/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada kes Influenza A (H5N1) dikesan di kalangan manusia hasil pemantauan kesihatan yang dibuat semalam oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkaitan.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum keresahan orang ramai dan ada menerima pertanyaan sama ada ayam di negeri berkenaan selamat dimakan.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ayam dan hasilan ayam adalah selamat dimakan sekiranya ia dimasak dengan sempurna iaitu pada suhu melebihi 70 Celsius kerana virus H5N1 akan musnah pada suhu tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, WHO menyarankan supaya ayam dan hasilan ayam disediakan dalam keadaan yang bersih dan dimasak pada suhu yang secukupnya.

“KKM akan terus bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan semua agensi berkaitan dalam menangani kejadian H5N1 dalam kalangan unggas
ini,” katanya.

Semalam, laporan daripada Jabatan Veterinar Negeri Kelantan menyatakan terdapat pertambahan lokaliti baru yang positif H5N1 hasil daripada pemantauan sampel unggas.

Pertambahan lokaliti terbaru ini menjadikan empat daerah didapati sampel unggas positif H5N1 iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok.

“Sehubungan itu, JKN dan PKD berkaitan telah melaksanakan aktiviti pengesanan kes secara aktif dalam kalangan manusia dan pemantauan dalam lingkungan 300 meter radius dari tempat kejadian ayam mati atau lokaliti yang positif H5N1 dalam kalangan unggas.

“Sehingga 15 Mac, pemantauan telah dijalankan ke atas 3,556 penduduk oleh 133 anggota kesihatan dan 117 anggota Veterinar dan agensi lain.

“Hasil pemantauan tersebut mendapati 14 orang yang bergejala adalah negatif H5N1 dan telah diberikan rawatan antiviral,” katanya.

Jelasnya aktiviti promosi kesihatan berkaitan penyakit selsema burung telah dipergiatkan di kawasan dalam lingkungan 1km radius dari tempat kejadian ayam mati atau lokaliti yang positif H5N1.

Noor Hisham berkata tanda-tanda dan gejala penyakit selesema burung adalah demam tinggi (melebihi 38 darjah Celsius), sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi atau letih lesu.

Oleh itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika mengalami gejala dan terdedah kepada ayam atau unggas mati yang disahkan positif atau kejadian unggas mati yang luar biasa. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Noor Hisham AbdullahH5N1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamparan Ribuan Ubur-ubur Luar Biasa Berpunca Peningkatan Suhu

H5N1 Dikesan Pada Lembu Tenusu Di AS

28/03/2024
1

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji positif virus selesema burung, H5N1 di bawah...

Malaysia Tak Import Ayam Selsema H5N1

03/02/2020
0

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd