• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terserah Kepada PAS Tentukan Hala Tuju Kerjasama Politik

oleh Ahmad Albab
20/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada pucuk pimpinan PAS untuk menentukan hala tuju kerjasama politik PKR-PAS susulan cadangan PAS kawasan agar hubungan itu diputuskan.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dari segi PKR, pendirian mereka tidak berubah malah mahu semua parti pembangkang termasuk PAS kekal dengan misi bekerjasama untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

“… kita tengok nanti apa yang akan diperkatakan dalam muktamar mereka (PAS).

“Pendirian PKR tetap sama (kekal berhubungan dengan PAS) dan meneruskan misi satu lawan satu pada PRU-14,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PAS Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam yang mencadangkan PAS pusat memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di sini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata PKR tidak pernah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana rakan pembangkang malah pihaknya sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk terus berbincang dengan PAS mengenainya.

Semalam PAS kawasan Permatang Pauh dilapor meluluskan usul agar PAS pusat memutuskan hubungan dengan PKR berikutan tindakan parti itu dikatakan bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi.

Cadangan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan itu berasaskan tindakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang banyak menyerang kepimpinan PAS.- BERNAMA

Tags: Azmin AliPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lima Ditahan, Disyaki Rompak Kedai Seng Heng

Next Post

H5N1: 1,800 Unggas, 1,075 Telur Dilupuskan Semalam

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

H5N1: 1,800 Unggas, 1,075 Telur Dilupuskan Semalam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd