• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlalu Kejar Populariti, Punca Brand-Perry Berpisah

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTOR Russell Brand mendedahkan punca perceraiannya dengan penyanyi Katy Perry adalah kerana jadual kerja yang padat dan masing-masing sibuk mengejar kemasyhuran atau populariti.

Brand dan Perry mengikat tali perkahwinan pada 2010 setelah bertemu dalam Anugerah Video Muzik MTV namun memutuskan untuk berpisah selepas dua tahun bersama.

Terdahulu sumber memberitahu dua selebriti ini berpisah kerana jadual kerja padat, sementara ada pihak dakwa kemusnahan rumah tangga mereka berpunca daripada ketidak sehaluan pendapat dalam membina sebuah keluarga.

Namun segalanya kini terjawab setelah Brand mendedahkan punca kepada keretakan rumah tangganya itu ketika menghadiri program temubual ‘In Conversation With John Bishop’.

Terlalu Mengejar Populariti, Punca Brand-Perry Berpisah

“Perry seorang yang kerja keras dan sangat sibuk begitu juga saya, kami tidak sependapat.

“Perkahwinan itu tidak bertahan lama kerana masing-masing terlalu mengejar populariti, itulah hakikatnya,” kata Brand.

Walau bagaimanapun, Brand tetap menghargai Perry yang pernah hadir dalam hidupnya dan sering terkesan setiap kali melihatnya.

Pun begitu, kini masing masing punya haluan sendiri. Perry hangat digosipkan bercinta dengan beberapa aktor Hollywood seperti John Mayer, Diplo dan baru sahaja putus cinta dengan Orlando Bloom setelah bersama selama 10 bulan.

Manakala Brand pula sudah bertunang dengan Laura Gallacher dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mabel.

Malah aktor ini menyifatkan kehidupan rumah tangganya bersama Gallacher jauh berbeza sewaktu dia bersama Perry dahulu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berpisahkaty perrypopularitiRussell Brand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Popular Pasca-‘Titian Cinta’, Farah Takkan Lupa Diri

03/12/2017
0

DRAMA rantaian Titian Cinta telah membuatkan pendatang baharu, Farah Nabilah popular sekelip mata, apatah lagi apabila bergandingan dengan hero pujaan...

Zul Berbaik Dengan Gayatri, Kerjasama Dalam Satu Filem

10/11/2017
0

TAK ada angin, tak ada ribut... Tiba-tiba sahaja nama bekas kekasih Zul Ariffin, Gayatri Su-Lin pula naik ketika hubungannya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd