• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Kemuka Borang E-Filing Dilanjut 45 Hari Lagi

oleh Ahmad Albab
31/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tempoh untuk menggemukakan borang nyata cukai pendapatan individu (BE) menerusi sistem e-Filing bagi tahun taksiran 2016 sehingga 15 Mei ini.

Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi LHDN, Masrun Maslim berkata, tempoh lanjutan selama 45 hari itu bertujuan menggalakkan pembayar cukai menggunakan kemudahan atas talian tersebut bagi mengemukakan borang masing-masing.

Bagaimanapun beliau berkata, individu yang ingin mengemukakan borang BE secara manual perlu berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 April ini.

“LHDN menasihatkan semua pembayar cukai supaya mengemukakan borang BE mereka dengan segera. Jangan tunggu hingga saat akhir terutama bagi mereka yang mempunyai cukai terlebih bayar,” katanya.

Masrun berkata, bagi mereka yang sudah mengemukakan borang BE menerusi e-Filing, bayaran balik akan diperoleh dalam tempoh 30 hari bekerja.

“Mana-mana pembayar cukai yang ada cukai lebih bayar, LHDN komited untuk bayar balik dalam tempoh 30 hari bekerja bagi pengguna e-Filing dengan syarat borang yang diterima adalah betul dan tepat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi pembayar cukai yang mengemukakan borang secara manual, bayaran balik akan mengambil masa selama 90 hari bekerja.

“Jadi saya nasihatkan pembayar cukai supaya guna kemudahan e-Filing kerana bayaran balik lebih cepat berbanding hantar borang secara manual. Beralihlah kepada kemudahan atas talian itu,” katanya.

Masrun berkata, sehingga pukul 10 pagi Jumaat, sebanyak 785,598 borang BE Tahun Taksiran 2016 sudah diterima LHDN melalui kaedah e-Filing.

Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 41,465 berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 744,133 borang.

e-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap dan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan secara elektronik melalui Internet. – The Star/mStar Online

Tags: E-FilingLHDN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hariff Ingin Tebus Kecewa Pada Tour De Thailand

Next Post

Tumpu 7 Kesalahan Utama, Lebih Muatan – JPJ Sarawak

Related Posts

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

16/10/2024
0

Sesebuah negara tidak akan berhadapan dengan isu pematuhan percukaian jika setiap warganegaranya memiliki kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab membayar cukai....

Next Post

Tumpu 7 Kesalahan Utama, Lebih Muatan - JPJ Sarawak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd