• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telefon Hitler Dijual RM1 Juta Diragui Keasliannya

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELEFON yang menjadi rebutan ramai kerana dikatakan digunakan oleh Adolf Hitler dan dijual pada harga RM1.07 juta dalam satu acara lelongan minggu lepas, telah diragui akan keasliannya.

Ia dijual oleh seorang lelaki Britain, Ranulf Rayner kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya selepas menyimpannya selama 72 tahun.

Ranulf bagaimanapun menolak keraguan mengenai kesahihan telefon tersebut sebaliknya mendedahkan penjualan telefon itu hanya mengakibatkan dia berasa sedih dan menyesal apatah lagi dua anaknya tidak membenarkan telefon itu dijual.

Baca: Telefon Peribadi Hitler Dilelong RM1.3 Juta

Telefon berkenaan telah diserahkan oleh tentera Rusia kepada bapanya, Sir Ralph Rayner yang juga bekas seorang tentera pada 1945.

Telefon yang tertulis nama Hitler dan swastika itu sebelum ini disebut-sebut untuk dijual pada RM2.2 juta dalam acara lelongan di Maryland namun tidak kesampaian selepas pakar-pakar mencetuskan keraguan mengenai kesahihannya.

Bagaimanapun ia berjaya juga dijual oleh Ranulf.

Ia didakwa digunakan oleh Hitler untuk memberikan arahan kepada pegawai-pegawainya termasuk mereka yang berkhidmat di kem tahanan bagi membunuh berjuta-juta orang Yahudi.

Telefon itu juga digunakan ketika Hitler memerintahkan pembunuhan adik iparnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: HitlerTelefon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Jong-nam: Kompleks Mahkamah Sepang Jadi Fokus

Next Post

Rakyat El Salvador Ratapi Kematian Badak Air

Related Posts

Biar Suami Pukul Anak Usia 7 Tahun Sampai Mati, Wanita Reda Kena Penjara

Video Pelajar Dilanggar Mati: Telefon Caprice Disita

22/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Caprice memberi keterangan kepada polis berkenaan video dimuat naik di media sosial membabitkan Muhammad Zaharif...

1.7 Juta Pelajar ‘Miskin Digital’?

23/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini seorang wakil rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah membangkitkan isu ‘miskin digital’, yang...

Next Post

Rakyat El Salvador Ratapi Kematian Badak Air

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd