• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Timbul Soal Pusingan U Dalam Keputusan RUU 355

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tidak timbul soal pusingan U dalam keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini adalah kerana keputusan itu berlandaskan polisi BN iaitu tidak boleh meneruskan sekiranya tidak mendapat konsensus dalam kalangan parti komponen BN.

“Keputusan tersebut adalah satu tindakan menghormati suara dan pandangan semua parti komponen dalam BN.

“Ini tiada apa-apa kaitan dengan pusingan U atau sebagainya. Kita perlu menghormati semangat konsensus dalam BN,” katanya kepada pemberita selepas Dialog Transformasi Nasional (TN50) sempena Hari Terbuka Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Khairy mengulas berhubung kenyataan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyatakan parti itu memutuskan tidak membentangkan RUU355 selaras dengan dasar dan amalan BN yang membuat keputusan berdasarkan persetujuan bersama.

Dalam isu berasingan, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kerajaan perlu mencari kaedah bagi menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia terutama di sektor swasta.

Beliau berkata sektor awam semata-mata tidak boleh menampung bilangan pemohon-pemohon pekerjaan tersebut

“Satu usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan pengangguran belia dapat dikurangkan dan tidak meningkat. Saya percaya perkara ini mendapat perhatian Unit Perancangan Ekonomi untuk belanjawan akan datang,” katanya.

Bank Negara baru-baru ini melaporkan, walaupun kadar pengangguran dalam negara rendah iaitu sekitar dua hingga tiga peratus tetapi ia agak tinggi dalam kalangan siswazah iaitu 10 peratus. – BERNAMA

Tags: RUU 355
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedudukan Cheng Hoe Tak Di Bincang Pada Mesyuarat KFA

Next Post

KDN Haram Akhbar Daesh, 13 Buku Lucah Di Pasaran

Related Posts

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin...

Kerajaan Giat Usaha Draf RUU 355

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang mempergiat usaha mendraf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah...

Next Post

KDN Haram Akhbar Daesh, 13 Buku Lucah Di Pasaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd