• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SUV Pertama Proton Hanyalah April Fool?

oleh AK-47
14/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARAPAN rakyat Malaysia untuk menyaksikan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama milik Proton Holdings Bhd. tidak kesampaian apabila gambar yang tular di media sosial rupa-rupanya adalah palsu.

Sebelum ini, kecoh diperkatakan ramai netizen kononnya Proton bakal menggeluarkan model SUV sendiri selepas tersebarnya gambar sebuah model ‘rebadged’ daripada Suzuki Vitara Brezza.

Gambar kenderaan yang ‘dilencanakan’ dengan logo Proton malah ada cukai jalan di cermin bertarikh tamat 1 April 2017 itu turut memaparkan latar belakang sebuah Proton Iriz dari bahagian tepi.

SUV Pertama Protan Hanyalah April Fool?

Hakikatnya, gambar sensasi yang tersebar luas itu sebenarnya telah diubah suai menerusi aplikasi photoshop oleh pihak tertentu tidak bertanggungjawab.

Justeru ada beberapa portal pemotoran tempatan menyifatkan penyebaran gambar tersebut sebagai jenaka April Fool bersempena tarikh pada pelekat cukai jalan di kereta tersebut.

Di sini kami kongsikan gambar Suzuki Vitara Brezza yang sebenar disiarkan oleh sebuah laman sesawang permotoran dari India, Team-bhp.com.

SUV Pertama Protan Hanyalah April Fool?

Difahamkan, Suzuki Vitara Brezza menjadi SUV paling tinggi jualannya di pasaran India disebabkan saiznya tidak terlalu besar, lebih ekonomi dan harganya dalam kategori mampu milik, iaitu kira-kira 700,000 rupee (RM50,000).

Malah ia mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu Honda HR-V dan Mazda CX-3 yang mempunyai harga yang agak jauh lebih tinggi berbanding Brezza.

Proton dan Suzuki kebetulan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlesenan (LA) bagi membentuk kerjasama serta perkongsian strategik dalam tempoh jangka masa panjang.

Maka hasilnya, Proton telah melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Proton Ertiga yang dilancarkan pada November tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: automotifkeretaProton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd