• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Insurans Pesawah Diharap Dalam Bajet 2018

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berharap skim insurans untuk membantu pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana dapat dilaksanakan menerusi Bajet 2018.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, skim insurans tersebut kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

“Kita sedang dalam peringkat akhir dan akan bentangkan kepada Kabinet dalam masa satu atau dua bulan akan datang. Jika dipersetujui Kabinet, saya berharap agar ia dapat dimasukkan dalam bajet tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Anugerah Tani Padiberas Nasional Berhad (Bernas) 2017 di sini malam tadi.

Ahmad Shabery berkata antara mekanisme yang sedang dipertimbang antaranya kesesuaian skim tersebut mengikut kawasan dan pembiayaan.

Beliau berkata skim berkenaan akan memanfaatkan kira-kira 200,000 pesawah diseluruh negara.

Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan, Bernas bersetuju menyuntik sebanyak RM10 juta bagi membiayai skim insurans berkenaan.

Sementara itu, anugerah yang julung kali diadakan itu khusus bagi meraikan pesawah, pengilang dan pemborong cemerlang sebagai rakan tani Bernas dalam industri padi dan beras negara.

Sebanyak 15 anugerah kecemerlangan diberikan kepada tujuh pesawah, empat syarikat pengilang Bumiputera dan empat syarikat pemborong.

Pesawah dari Yan, Kedah, Datuk Azmi Jaafar, 66, meraih anugerah utama iaitu Pesawah Setia 2016.

Beliau membawa pulang trofi, wang tunai RM20,000 dan sebuah motosikal Modenas.

Azmi dipilih berdasarkan catatan hasil cemerlang pada tahun lalu, sebanyak 450 tan metrik dengan pemutuan purata 18.8 peratus.

Selain itu, Bernas turut menyampaikan sumbangan berbentuk pakej umrah kepada 100 pesawah di bawah inisiatif Pesawah Setia Bernas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd