• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nordiana Teruja Jadi Pengacara GGV

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA rezeki tidak putus-putus buat penyanyi, Siti Nordiana. jika sebelum ini dia mengembangkan bakat dalam bidang lakonan, kali ini ditawarkan pula menjadi pengacara program Gema Gegar Vaganza (GGV).

Sebuah portal hiburan melaporkan, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu akan bergandingan dengan Achey dan Fikry Lawak Solo sebagai pengacara bersama.

Wanita yang lebih mesra disapa sebagai Nana ini mengakui bidang pengacaraan adalah perkara baru dalam hidupnya dan menjadikan perkara tersebut sebagai cabaran.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya sebagai pengacara. Pada awalnya, saya agak gementar untuk menerima tawaran ini tetapi selepas meneliti semula, saya fikir apa salahnya untuk saya mencuba.

“Tentunya pihak produksi melihat sesuatu yang berbeza dalam diri saya dan saya menyahut cabaran yang diberikan,” katanya.

Jelasnya, sebagai persediaan menjadi hos program tersebut, dia mendapatkan nasihat daripada Jihan Muse yang pernah mengacarakan program Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad sebelum ini.

Menurutnya, kehadiran Acey dan Fikry menambahkan lagi keyakinanya untuk mengacarakan program realiti tersebut.

Jelasnya lagi, GGV juga menjadi satu landasan dakwah baginya kerana program tersebut bakal disiarkan di Astro Oasis dan lagu-lagu yang bakal dinyanyikan juga merupakan lagu-lagu bersifat Islamik dan ketuhanan

GGV merupakan program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti televisyen terbaru yang bakal bersiaran di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD bermula 8 April ini pada jam 9.00 malam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pengacaraSiti Nordiana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman difailkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau dikenali Nana, terhadap lima individu termasuk...

Macau Scam: Pelakon, Pengacara Akan Dipanggil SPRM

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita antara beberapa artis akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd