• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Kassim Dan Hindraf Yang Ekstrem! – PAS

oleh Ahmad Albab
03/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat membidas aktivis propembangkang, Siti Kassim dan pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) kerana mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Malaysia.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, kedua-dua pihak terbabit bertindak demikian kerana mendakwa kerajaan Malaysia cuba melindungi pendakwah Islam terkemuka, Dr. Zakir Naik.

“Hal ini timbul atas dakwaan kerajaan Malaysia cuba melindungi Dr. Zakir dengan mengemukakan saman ke atas Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia.

“Tindakan Siti Kassim dan sebuah gerakan Hindu itu melampau dan merupakan satu tindakan ekstrem,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Semalam, Siti yang juga peguam dan Hindraf memfailkan tuntutan mahkamah bagi meminta pihak berkuasa menangkap dan mengusir Dr. Zakir daripada Malaysia serta membatalkan statusnya sebagai seorang pemastautin tetap negara ini.

Mereka turut memohon deklarasi bahawa Dr. Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini.

Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa kononnya Dr. Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.

Kehadiran Dr. Zakir berdakwah di Malaysia mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pemimpin dan aktivis Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Malah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P.Ramasamy merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP pernah dikecam umat Islam negara ini kerana menggelar pendakwah Islam terkenal itu sebagai setan.

Dr. Zakir merupakan seorang pendakwah Islam tersohor di dunia dan pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H/2013M daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tahun 2013.

Dalam kebanyakan siri dakwahnya di seluruh negara menyaksikan bukan muslim yang mengikuti ceramahnya mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas berhujah tentang isu agama dengan beliau.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Dr. Zakir berdakwah di Malaysia tidak perlu menggunakan emosi sebagai tanda protes mereka.

“Tindakan Hindraf dan Siti Kasim tidak kena tempat. Mereka sepatutnya beri ruang kepada wacana ilmu tanpa emosi. Mereka yang menolak wacana ilmu seperti Dr. Zakir itulah yang mendorong kepada ketidakharmonian,” kata beliau.

Beliau turut menjelaskan, wacana keharmonian dan keilmuan dan Dr. Zakir tidak menyerang pihak tertentu atau agama tertentu.

Katanya, pihak yang tidak berpuas hati perlu bersemuka sendiri dengan Zakir bagi mengutarakan pandangan, bukan melakukan bantahan secara beremosi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASSiti Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd