• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shuib Sepahtu Gian Nak Bersanding Lagi

oleh AK-47
15/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAHARU bersanding pada 26 Februari lalu, Shuib Sepahtu mengatakan dia sudah gian untuk bersanding lagi sekali.

Untuk makluman, Shuib dan isteri, Siti Sarah Raisudin berjaya menunaikan impian bersanding hanya selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut pelawak popular itu, dia berniat untuk mengadakan majlis yang sama enam tahun dari sekarang iaitu pada ulang tahun ke-12 perkahwinan mereka.

Memetik mStar, Shuib berkata, “Majlis persandingan itu satu perkara yang seronok. Kalau kami buat majlis tersebut pada hari perkahwinan sebenar enam tahun dulu, kami tak akan rasa kepuasan seperti ini.”

“Jadi tak salah kalau saya dan Sarah untuk buat lagi nanti. Kalau ada rezeki, ulang tahun ke-12 nanti saya nak bersanding lagi,” katanya.

Shuib menambah, perkara yang membuatkannya gembira pada majlis persandingan ialah apabila dapat berkumpul bersama-sama ahli keluarga dan sanak saudara pada hari keraian tersebut.

Ketika ditanya tidakkah kelihatan janggal sekiranya dia ingin menaiki pelamin di usia 39 tahun, pada enam tahun akan datang, ini jawapan Shuib, “Ini adalah cara saya untuk hangatkan hubungan cinta sebagai suami isteri.”

“Tak salah rasanya untuk saya jemput saudara mara meraikannya dalam satu majlis seperti majlis perkahwinan,” katanya lagi.

Pasangan romantis ini mempunyai tiga cahaya mata berusia enam, tiga dan satu tahun.

Majlis persandingan Shuib dan Sarah pada hujung Februari lalu diadakan di Bora Ombak, Marina Putrajaya.

Malam bahagia pasangan itu turut diraikan oleh ramai rakan artis antaranya Jep dan Rahim Sepahtu, Shaheizy Sam, Hanis Zalikha, Sariyanti, Hairul Azreen dan Datuk Yusof Haslam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pelakonperkahwinanselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd