• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seludup Migran: 2 Peniaga Mengaku Tak Bersalah

oleh Ahmad Albab
03/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Dua peniaga kain batik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dalam penyeludupan migran enam warganegara Myanmar, Februari lepas.

Pertuduhan terhadap Aizulanuar Arifin, 44, dan Zainuddin Seman, 43, dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd Saad.

Mereka didakwa dengan niat bersama telah terlibat dalam penyeludupan migran terhadap enam warganegara Myanmar iaitu Hang Khen Khai, Hau Lai Mung, Kap Pzumt Hang, Khup Sian Sut, Mang Hawm Chin dan Sian Deih Tzing.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan, didakwa melakukan perbuatan itu di susur keluar hadapan Plaza Tol Kuala Kangsar pada pukul 2.20 petang, 3 Feb lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusuf manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Rafael Abdullah.

Mahkamah menetapkan 16 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: migran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Reman 4 Individu Kes Rasuah Hartanah Johor Dilanjut

Next Post

2 Beradik Maut Dilanggar Komuter Di Padang Jawa

Related Posts

El Paso Isytihar Darurat Kerana Kebanjiran Migran

El Paso Isytihar Darurat Kerana Kebanjiran Migran

18/12/2022
1

EL PASO: Darurat diisytiharkan di El Paso semalam disebabkan ketibaan ratusan migran yang tidur di jalan raya dalam suhu sejuk...

Remaja 17 Tahun Didakwa Seludup 25 Migran Myanmar

Remaja 17 Tahun Didakwa Seludup 25 Migran Myanmar

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyeludup 25 migran warga Myanmar,...

Next Post

2 Beradik Maut Dilanggar Komuter Di Padang Jawa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd