• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selimut Punca Pesawat Dilencongkan

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Tindakan seorang penumpang yang berang kerana diminta membayar AS$12 (RM53) untuk sehelai selimut, menyebabkan penerbangan dari Las Vegas ke Honolulu terpaksa dilencongkan ke Los Angeles, semalam.

Jurucakap polis di lapangan terbang Los Angeles, Rob Pedregon, berkata ia berlaku sebaik pesawat Hawaiian Airlines berlepas dari Las Vegas sebelum seorang penumpang lelaki berusia 66 tahun meminta sehelai selimut kerana sejuk.

Apabila dimaklumkan perlu membayar AS$12 untuk mendapatkan selimut itu, katanya, lelaki terbabit marah lalu meminta untuk bercakap dengan wakil bahagian korporat syarikat penerbangan itu.

“Ketika membuat panggilan dalam penerbangan, dia didakwa mahu bercakap dengan seseorang di bahagian simpanan berhubung perkara itu.

“Juruterbang menganggapnya sebagai ancaman dan mengarahkan pesawat dipesongkan ke Los Angeles,” katanya.

Pedregon berkata, pihak polis dan ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menemui penumpang serta anak kapal, sebaik pesawat mendarat di Los Angeles dan mengesahkan tiada jenayah berlaku.

“Lelaki itu secara sukarela meninggalkan pesawat dan mengambil penerbangan lain untuk ke Honolulu,” katanya.

Beliau berkata, insiden itu adalah antara kes yang pelik pernah dikendalikannya.

“Jika saya seorang daripada penumpang pesawat itu, saya akan membayar AS$12 bagi pihak lelaki terbabit,” katanya. – AFP

Tags: pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd