• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selebriti Mampu Tarik Minat Belia Jadi Usahawan

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi mempertingkatkan bilangan usahawan kecil dan sederhana di kalangan para belia, SME Corp. dengan kerjasama Suhan Movies bekerjasama menerbitkan sebuah drama mini bersiri Chor & Chah bagi mencapai hasrat tersebut.

Pengerusi SME Corp., Tan Sri Ir. Dr. Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, medium drama bersiri yang dibintangi ramai bintang terkenal ini diharap dapat meningkatkan minat di kalangan para belia untuk mempelajari dan menceburi bidang keusahawanan terutamanya melibatkan industri kecil dan sederhana.

Selebriti Mampu Tarik Minat Belia Jadi Usahawan

“Dengan tarikan para pelakon, diharap peminat terutama di kalangan belia dapat mencontohi sekali gus menanam minat untuk menceburi bidang keusahawanan seperti mana yang diketengahkan menerusi drama mini bersiri ini.

“Media sosial dilihat medium yang berkesan untuk mendekati para belia dan itu juga salah satu sebabnya pelakon-pelakon yang dipilih merupakan pelakon yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai di laman sosial masing-masing,” katanya ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran drama mini bersiri Chor & Chah di sini hari ini.

Majlis pra-pelancaran drama itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan.

Dalam majlis itu juga berlangsung sesi perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Ketua Eksekutif SME Corp., Datuk Dr. Hafsah Hashim dengan pengarah urusan Suhan Movies, Datuk Rosyam Nor.

Selebriti Mampu Tarik Minat Belia Jadi Usahawan

Sementara itu, Rosyam melihat kerjasama ini sebagai satu usaha yang baik untuk membuka mata masyarakat mendekati dan mendalami dunia keusahawanan dalam cara yang santai di samping menyampaikan maklumat dan informasi berguna untuk penonton.

“Drama ini adalah jawapan yang paling tepat untuk semua terutamanya golongan belia tentang bidang keusahawanan, nanti mereka tahu langkah-langkah awal hingga akhir bagaimana untuk memulakan perniagaan dan mana-mana bantuan yang boleh diperolehi untuk tujuan itu.

“Drama ini boleh saya katakan akan menjadi bahan rujukan keusahawanan yang pertama di Malaysia dengan menggunakan kaedah kreatif (drama),” katanya.

Selebriti Mampu Tarik Minat Belia Jadi Usahawan

Chor & Chah yang bakal memulakan penggambarannya bermula 5 Mac ini akan ditayangkan menerusi laman perkongsian video YouTube bermula bulan Mei depan.

Drama 12 episod yang berdurasi selama 15 minit itu akan memasukkan tema-tema mengenai keusahawan industri kecil dan sederhana dalam cara santai agar dapat dijadikan bahan rujukan untuk membawa perniagaan pergi lebih jauh lagi.

Chor & Chah akan menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Saharul Ridzwan, Ummi Nazeera, Hafreez Adam, Luqman Hafidz dan Kazar Saisi.

Drama yang akan menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Tanjung Malim, Perak ini akan diarahkan sutradara Syed Hariz dengan skrip dihasilkan oleh Sharifah Abu Salem. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pelakonPerniagaanselebritiusahawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Patung Di Istana Bogor Tutup Aurat, Hormat Raja Salman

Next Post

Tiada Sekatan Perniagaan Dengan Korea Utara

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Next Post

Tiada Sekatan Perniagaan Dengan Korea Utara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd