• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Pertimbang Rumah PPR Bagi Anggota Polis

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersedia menimbang cadangan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) ditawarkan kepada anggota polis dan tentera termasuk yang masih dalam perkhidmatan.

Menteri berkenaan, Tan Sri Noh Omar mengakui golongan itu memerlukan rumah dan perkara tersebut boleh dibincangkan, sama seperti pewujudan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk anak-anak polis dan tentera.

“Saya tidak menolak kerjasama sekiranya persatuan polis dan tentera membantu kementerian dari segi melontarkan cadangan berhubung tanah atau tapak projek yang mahu dibina,” katanya kepada pemberita di Puchong di sini hari ini.

Noh sebelum itu, merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana serta Pondok Pos Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

Semalam, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dilapor mencadangkan warga tentera dan polis ditawarkan rumah PPR ketika masih dalam perkhidmatan dan bukannya menunggu mereka hampir berpencen.

Annuar berkata cadangan itu akan dibawa ke peringkat Parlimen dalam masa terdekat.

Terdahulu, Noh melalui kementeriannya meluluskan peruntukan RM50,000, masing-masing RM20,000 bagi sumbangan PIBG kedua-dua sekolah berkenaan, manakala baki RM10,000 untuk pembinaan pondok PPS. – BERNAMA

Tags: PesaraPPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

27/10/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerajaan hilang wang simpanannya selepas terpaksa menanggung kerugian RM3.07 juta akibat terpedaya dalam penipuan pelaburan tidak...

Angkara ‘Mazlinna’, Pesara Rugi RM76,740

Angkara ‘Mazlinna’, Pesara Rugi RM76,740

20/09/2025
0

Kuala Terengganu: Warga emas yang juga pesara swasta kerugian RM76,740 apabila terjerat dengan skim pelaburan tidak wujud. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd