• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Rasa Terkilan Beri Arwah Makan Cekodok”

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMERGIAN seniman legenda Tan Sri Jins Shamsuddin ke rahmatullah sememangnya merupakan satu kehilangan besar dalam industri hiburan tanah air.

Jins pergi menemui Ilahi dunia kira-kira pukul 5.45 petang Rabu selepas dikatakan tercekik kuih ketika minum petang bersama isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah.

"Saya Rasa Terkilan Beri Arwah Makan Cekodok Pisang"

Mengimbas kembali detik pemergian Allahyarham, Halijah dalam masa yang sama meluahkan rasa terkilannya menjamu suaminya cekodok pisang yang menjadi punca kematiannya.

Menurut Halijah, pada petang kejadian dia membelikan kuih cekodok itu memandangkan suaminya memang menyukai kuih tersebut.

“Ketika makan, pada suapan keempat arwah terdiam dan dia tiba-tiba sesak nafas akibat tercekik. Saya rasa bersalah dan terkilan kerana beri dia makan cekodok pisang.

“Saya tepuk belakang arwah beberapa kali supaya dia membuka mulut dan muntah, tetapi keadaannya menjadi lemah dan tangannya mulai sejuk.

“Saya panggil jiran untuk bantu mengeluarkan sisa makanan daripada mulut arwah dan dia muntah kemudian terus lembik tetapi tidak beri sebarang tindak balas,” katanya seperti yang dipetik Astro Gempak.

Cemas dengan situasi itu, Halijah kemudian meminta bantuan jirannya membawa suaminya ke klinik berkenaan. Namun, dalam perjalanan Jins dikatakan sudah tidak sedarkan diri.

“Sebaik tiba di klinik, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia. Saya meminta doktor memeriksa nadinya sebanyak empat kali kerana tidak percaya dia akan meninggalkan saya selain tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik,” katanya.

Sementara itu, Halijah akui perasan dengan perubahan suaminya yang kurang bercakap seperti kebiasaan semalam.

“Selalunya dia akan bercakap tanpa henti dari jam 2.30 petang hingga 9 malam. Namun, hari ini dia diam saja.

“Setiap hari arwah akan minta saya menunggunya, anaknya, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim, untuk pulang ke kampung di Taiping, Perak, selain mahu berjumpa ibu bapa walaupun kedua-duanya sudah lama meninggal dunia.

“Beliau juga memang sudah tidak mengingati saya, Jebat dan Nadim sejak dua tahun lalu. Hari ini, saya rasa lega beliau tidak lagi bercakap benda yang sama.

“Bagaimanapun, saya tidak menyangka ia membawa petanda beliau akan pergi selama-lamanya,” katanya.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 81 tahun telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Antara selebriti yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Datuk Yusof Haslam, Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Nash, Fauziah Ahmad Daud, Aida Khalida dan Lydiawati. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jins Shamsuddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Salahkan Negara Jiran Jadi Penyumbang HIV

Next Post

Dakwa Difitnah, Tunang Hans Isaac Saman Bekas BF

Related Posts

Isu Tanah: 2 Anak Jins Shamsuddin Saman Adik Sendiri

27/01/2019
0

DUA anak kepada pelakon legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin menfailkan saman terhadap waris bapa mereka atas dakwaan pemalsuan surat...

Filem J Revolusi Inspirasi Watak Jins Shamsuddin

02/03/2017
0

WATAK Jefri Zain lakonan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin yang memegang peranan sebagai ejen perisik pernah menjadi kegilaan anak muda...

Next Post

Dakwa Difitnah, Tunang Hans Isaac Saman Bekas BF

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd