• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sangkal Dakwaan Kad Paywave Boleh Diklon

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan hari ini menyangkal dakwaan di media sosial bahawa kad bayaran tanpa sentuh atau ‘payWave’ boleh diklon dan maklumatnya dijual kepada pihak ketiga.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata kad paywave yang mula dikeluarkan pada akhir tahun lalu tidak boleh dipalsukan kerana dilengkapi ciri keselamatan yang diperakui industri perbankan antarabangsa.

“Pengguna juga telah dimaklumkan bahawa ciri-ciri keselamatan ini dicipta khas, jika berlakunya kes kehilangan kad, maka pengguna tidak perlu khuatir,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Datuk Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berkenaan dakwaan di media sosial mengenai kad payWave mudah diklon.

Othman berkata industri perbankan antarabangsa telah meneliti segala kemungkinan seperti kecurian data dan memalsukan kad berkenaan, justeru ia dilengkapi dengan ciri keselamatan menggunakan teknologi terkini.

“Pemegang kad juga mempunyai pilihan untuk mengehadkan jumlah transaksi, contohnya maksimum dua kali sehari dan nilai tidak melebihi RM500 bagi mengelak risiko kecurian.

“Jika hilang, pemegang kad hanya perlu memaklumkan kepada bank berkaitan dan kad itu akan dibatalkan serta-merta manakala penggunaannya akan dijejaki,” katanya

Sementara itu, beliau berkata penggunaan kad payWave berbanding kad konvensional telah meningkat kepada 1.5 peratus pada 2016 berbanding hanya 0.6 peratus pada 2015.

Menurutnya, sistem kemudahan pembayaran payWave menawarkan kelajuan transaksi yang cepat dan memudahkan proses pembayaran selain menjadi instrumen efektif dalam menggantikan penggunaan wang tunai, serta meningkatkan produktiviti negara.

Dari segi kepentingan ekonomi pula, Othman berkata jumlah transaksi pembelian menggunakan sistem baharu ini telah meningkat kepada RM7.2 juta pada 2016 berbanding sekitar RM2.8 juta pada tahun 2015. – BERNAMA

Tags: Kad Paywave
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd