• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambut Hari Jadi Selepas Keluar Dari Pyongyang

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA perkataan dapat digambarkan namun Nyanaprakash Muniandy bersyukur akhirnya dapat menyambut hari lahirnya pada Sabtu dengan perasaan lega.

Beliau adalah salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang dibenarkan meninggalkan Korea Utara walaupun kerajaan negara itu masih mengekalkan larangannya ke atas rakyat Malaysia yang berada di sana.

Bapa kepada seorang anak lelaki berusia 14 tahun itu akan berusia genap 47 tahun, Sabtu.

Perdana Menteri menerusi kenyataannya di Twitter pada Khamis memberitahu dua rakyat Malaysia yang merupakan kakitangan Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah tiba di Beijing.

Jurucakap WFP ketika dihubungi bagaimanapun tidak mendedahkan butir-butir rancangan perjalanan kedua-dua mereka.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka akan kembali ke Malaysia atau ditempatkan di kawasan lain.

“Kakitangan berkenaan merupakan penjawat awam antarabangsa dan mereka bukan wakil kerajaan negara mereka.

“Mereka bekerja dengan WFP di Korea Utara,” kata jurucakap itu.

Dalam ruangan ‘apa yang kami lakukan’ menerusi laman web Yayasan PBB, artikel pendek bertarikh Disember 2010 menyatakan bahawa Nyanaprakash adalah anggota pasukan tindak balas kecemasan Inter-Agency WFP.

Beliau perlu bersiap sedia di pejabat WFP serantau untuk dikerahkan dan memberikan bantuan dalam sebarang operasi kecemasan.

Salah seorang yang sangat gembira melihat beliau pulang dengan selamat adalah bekas rakan sekerja, Md. Ghani Ibrahim.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Salam itu berkata kali terakhir berhubung dengan Nyanaprakash adalah melalui Facebook pada tahun 2014 ketika rakannya tersbebut dalam misi WFP di Dubai.

Malah beliau sendiri pun tidak tahu bahawa rakannya itu kemudian berada di Korea Utara.

Kali terakhir mereka berbual, Nyanaprakash telah menyatakan hasratnya untuk pulang menyambut Deepavali dan singgah di pejabat Yayasan Salam.

“Selama ini, saya fikir dia berada di Dubai,” kata Ghani, menggambarkan Nyanaprakash sebagai seorang lelaki yang merendah diri, baik hati dan gemar menghulurkan bantuan.

“Dia sentiasa bersedia menyahut cabaran dan sentiasa gembira,” katanya. – The Star/mStar Online

Tags: Korea Utararakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd