• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Rancang ‘Haramkan’ Filem Beauty And The Beast

oleh AK-47
15/03/2017
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM Beauty and the Beast keluaran Disney yang sepatutnya ditayangkan di Rusia bermula 16 Mac ini terpaksa ditunda.

Huffingtonpost melaporkan Menteri Kebudayaan Rusia, Vladimir Medinsky akan mengambil tindakan terhadap filem berkenaan sekiranya mengandungi propaganda gay atau homoseksual.

“Kami akan mempertimbangkan filem ini selepas mendapat salinan filem dan kertas kerja yang berkaitan,” katanya yang mengugut untuk menapis atau terus mengharamkan filem tersebut,

Filem bergenre romantik klasik itu ditangguhkan atas beberapa sebab termasuk penampilan watak ‘homoseksual’ yang mengundang kontroversi.

Baca: Watak Gay, Tayangan Beauty & The Beast Ditangguhkan

Penggubal undang-undang kebangsaan Vitaly Milonov pada Sabtu lalu meminta Menteri Kebudayaan Vladimir Medinsky menyemak semula filem itu kerana melanggar satu undang-undang kontroversi yang mengharamkan ‘propaganda gay’ kepada mereka yang di bawah umur.

Milonov ialah salah seorang ketua penggubal undang-undang Presiden Vladimir Putin yang ditandatangani pada tahun 2013 walaupun mendapat kutukan antarabangsa.

Bagaimanapun, Rusia pada Selasa menjelaskan filem terbaharu Disney, ‘Beauty and the Beast’ akan ditayangkan di negara itu namun hanya untuk tontonan orang dewasa selepas penggubal undang-undang yang sangat konservatif mendesak filem itu diharamkan tayangannya kerana menampilkan unsur homoseksual.

Seorang jurucakap bagi kementeriaan kebudayaan berkata filem itu dikeluarkan dengan sijil umur 16 tahun ke atas.

Milonov berkata yang dia berpuas hati dengan sekatan umur baharu itu.

Dia berkata ia menyasarkan untuk mengenakan, “standard toleransi baharu Eropah supaya (kanak-kanak) berfikir ini ialah semua norma.”

Dalam suratnya kepada menteri kebudayaan, Milonov menyifatkan filem Disney sebagai propaganda tidak tahu malu yang jelas melakukan dosa dan hubungan seks sumbang.

Dia menggesa filem itu diharamkan dari pawagam jika ia didapati mengandungi unsur propaganda homoseksual.

Undang-undang itu mengharamkan penyebaran maklumat yang boleh menarik minat mereka di bawah umur dalam hubungan seks.

Milonov juga telah menyerang semuanya dari Facebook hinggalah Eurovision Song Contest dan menggesa penubuhan polis moraliti untuk mendenda mereka yang melanggar nilai tradisi.

Rusia tidak mengiktiraf homoseksual bermula tahun 1993 dan hanya pada 1999 mengangkat pengelasannya sebagai satu sakit jiwa.

Baca: LPF Luluskan Tayangan Filem Beauty and The Beast Tapi…

Pengarah filem Bill Condon sebelum ini mendedahkan bahawa filem itu mengandungi adegan gay secara eksklusif yang pertama untuk filem Disney walaupun beberapa pengkritik telah berkata ia tidaklah begitu ketara.

Selain Malaysia yang sebelum ini menunda tayangan filem bergenre romantik klasik itu , pawagam di Alabama, Amerika Syarikat sudah mengesahkan dari awal yang mereka tidak akan menayangkan filem itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Beauty and The BeastFILEMRusia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penumpang British Airways Mengadu Makanan Tak Cukup

Next Post

Pelakon Jazli Terlibat Kemalangan, Patah Tulang

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

04/04/2025
1

WASHINGTON - Beberapa negara terkecuali daripada senarai tarif timbal balik yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika...

Next Post

Pelakon Jazli Terlibat Kemalangan, Patah Tulang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd