• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RNAA: Tiada Pekerja KTMB Akan Hilang Kerja

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan hilang pekerjaan disebabkan Railway Network Access Agreement (RNAA) antara KTMB dengan Railway Assets Corporation (RAC).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, kesemua pekerja KTMB yang terlibat dengan perjanjian RNAA sebaliknya akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.

“Malah saya jamin gaji, faedah dan apa-apa kelebihan yang dinikmati sebagai pekerja KTMB ketika ini tidak akan hilang mahupun berkurangan.

“RAC adalah badan berkanun persekutuan manakala KTMB adalah syarikat milik penuh kerajaan. Oleh itu tidak timbul persoalan bahawa RNAA akan menyebabkan KTMB diambil alih oleh pihak swasta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pihak dalaman KTMB berkepentingan pembangkang sejak tahun lalu menyebarkan dakyah kononnya KTMB akan membuang ramai pekerja dan kadar tambang akan meningkat sekali gus menyusahkan rakyat disebabkan RNAA.

Perjanjian RNAA adalah selari dengan klausa 89 Akta Keretapi 1991 untuk mengasingkan antara pengendali perkhidmatan kereta api, KTMB dengan pemilikan, pengurusan serta penyelenggaraan aset kereta api yang akan diuruskan oleh RAC.

Ab. Aziz seterusnya menyangkal tuduhan RNAA konon akan mengakibatkan harga tiket dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh pihak KTMB meningkat.

“RNAA tidak akan menyebabkan harga tiket dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh KTMB meningkat. Tambahan pula, tuduhan yang mengatakan perjanjian ini bakal menyebabkan KTMB terdedah kepada ketirisan dan kronisme adalah tidak betul.

“Sebaliknya, perjanjian ini berupaya untuk mengurangkan ketirisan dan kronisme kerana ia menjadikan pengurusan setiap syarikat ini lebih fokus kepada bidang tugas masing-masing,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Ab. Aziz KaprawiKTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd