• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ritual Ayam Belanda Berarak Keliling Bangkai Kucing

oleh AK-47
05/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIDEO sekumpulan ayam belanda mengelilingi bangkai seekor kucing tular menerusi laman mikro Twitter. Kejadian aneh itu berlaku di Randolph, Massachusetts, Amerika Syarikat pada 2 Mac lalu.

Rakaman ritual pelik kumpulan ayam belanda yang berarak membentuk satu bulatan itu dikongsi oleh Jonathan Davis melalui akaun Twitternya @TheReal_JDavis.

Dengan kapsyen “Kumpulan ayam belanda cuba memberikan kucing ini nyawa ke sepuluh”, Davis berkata, ritual pelik yang disaksikannya itu bukanlah sesuatu yang dapat dilihat setiap hari.

Menurut Debra Kriensky, seorang pakar biologi di New York City Audobon, “Perbuatan berarak dalam bulatan bukanlah tingkah laku pelik bagi kawanan itu apabila tiba musim mengawan.

“Si jantan biasanya mengelilingi si betina untuk mengawan tetapi ia sesuatu yang aneh apabila lihat haiwan ini mengelilingi benda lain sebagai contoh, kucing mati,” lapor laman Mirror memetik New York Post.

Manakala ahli biologi daripada Universiti California pula, Alan Krakauer memberitahu laman The Verge bahawa haiwan tersebut sedang melakukan ‘pemeriksaan pemangsa’ dalam versi yang pelik.

Tambahnya lagi, dia pernah menyaksikan sekumpulan ayam belanda melakukan hal yang sama pada seekor koyote iaitu sejenis haiwan dalam kumpulan serigala.

Walau bagaimanapun, kucing bukanlah dikategorikan sebagai haiwan yang ganas oleh haiwan terbabit.

“Mungkin ayam-ayam belanda itu menunggu untuk melihat kucing itu bangun?” tambah Krakauer berjenaka.

Menurut pakar ayam belanda dari Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan California; Scott Gardner kepada laman The Verge menegaskan bahawa tingkah laku aneh haiwan itu adalah kerana mereka terikut-ikut antara satu sama lain.

Video berdurasi 24 saat itu telah menerima 78,000 retweet, 127,000 likes dan 1,300 komen. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ayam belandabangkai kucingberarak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

44,000 Ayam Belanda Dihapuskan, Kekang Selsema Burung

44,000 Ayam Belanda Dihapuskan, Kekang Selsema Burung

22/10/2022
0

AMSTERDAM: Pihak berkuasa kesihatan memantau aktiviti penghapusan kira-kira 44,000 ayam belanda di sebuah ladang di selatan negara ini, susulan pengesanan...

JPV Ambil Sampel Bangkai Kucing, Analisis Di Makmal

07/03/2022
0

BESUT : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah selesai mengambil sampel daripada bangkai kucing ditemukan di Taman Awam Pantai Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd