• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Gagal Buang Bayi Ditahan

oleh Ahmad Albab
02/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di belakang rumahnya di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata remaja itu mendakwa menemui bayi lelaki yang dibalut kain hitam dan masih bertali pusat itu tergantung pada jeriji tingkap biliknya selepas mendengar tangisan bayi itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati remaja itu yang merupakan anak perempuan pemilik rumah berada dalam keadaan mencurigakan dan lemah menyebabkan polis menahannya untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Supramaniam berkata remaja itu akhirnya mengaku melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada pukul 6.45 pagi.

Kelahiran itu hasil hubungan dengan teman lelakinya.

Remaja itu menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia terjumpa bayi tersebut pada jeriji tingkap belakang rumahnya.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun iaitu teman lelaki remaja berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya remaja itu turut ditahan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. – BERNAMA

Tags: buang bayiRemaja Perempuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perlawanan Ditunda, Padang Penuh Salji

Next Post

Kes Jong-nam: Kompleks Mahkamah Sepang Jadi Fokus

Related Posts

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Penjawat Awam Di Hotel

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Penjawat Awam Di Hotel

23/03/2025
0

SUBANG JAYA - Seorang remaja perempuan menempuh detik hitam setelah mendakwa dicabul individu yang dipercayai penjawat awam di sebuah hotel...

Polis Minta Bantuan Kesan Tiga Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

Polis Minta Bantuan Kesan Tiga Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

06/01/2025
0

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada Oktober dan Disember tahun...

Next Post

Kes Jong-nam: Kompleks Mahkamah Sepang Jadi Fokus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd