• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Cederakan Wanita: PU Faiz Dilepas Tanpa Dibebas

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepaskan tanpa membebaskan naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli daripada pertuduhan mencederakan seorang penceramah wanita pada September tahun lepas.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohd Hezri Shaharil yang mewakili Ahmad Faiz Hafizuddin yang lebih dikenali sebagai PU Faiz supaya anak guamnya dilepaskan tanpa dibebaskan berikutan laporan perubatan penceramah wanita itu masih belum siap.

Datin Fadzlin Suraya berkata PU Faiz boleh dituduh semula pada bila-bila masa sekiranya laporan perubatan itu siap.

Pada prosiding lepas, peguam itu telah membuat permohonan itu namun mahkamah menolaknya dan menetapkan tarikh hari ini untuk penyerahan dokuman laporan perubatan itu.

“Anak guam saya telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan tanpa gagal menghadirkan diri pada setiap tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah,” kata peguam itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy memberitahu mahkamah bahawa laporan penuh perubatan penceramah wanita itu masih belum disiapkan Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Sungai Buloh.

Pada 7 November tahun lepas, PU Faiz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, disebabkan kemarahan di pondok Rumi Sufi Jawi, Seksyen 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara pada 2.30 petang, 26 September 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding sama, mahkamah turut melepaskan tanpa membebaskan Nurul Intan Sakinah daripada pertuduhan menceroboh pusat tahfiz itu sehingga laporan perubatanya lengkap.

Pada 8 November tahun lepas, Nurul Intan yang merupakan ibu tunggal empat anak, dituduh melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki premis milik PU Faiz yang digunakan sebagai tempat pusat pengajian agama Islam di pondok Rumi Sufi Jawi di Seksyen 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara pada 2.30 petang, 26 September 2016.

Wanita itu, yang diwakili peguam Siti Nadiah Skh Saad, didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: PU Faiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PU Faiz Dikecam Kata Hisap Rokok Itu Wajib…

08/02/2017
0

NAMA penceramah yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Pencetus Ummah (PU), PU Faiz menjadi sensasi selepas beliau dikatakan mengeluarkan ceramah...

Penceramah Wanita Ceroboh Sekolah Tahfiz PU Faiz

09/11/2016
0

PETALING JAYA - Penceramah wanita yang didakwa menjadi mangsa pukul naib juara program Pencetus Ummah musim kedua Ahmad Faiz Hafizuddin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd