• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Sasar Kutipan Balik Pinjaman RM4 Bilion

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan jumlah bayaran balik oleh peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat tahun ini, dengan sasaran kutipan sebanyak RM4 bilion.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata jangkaan kenaikan itu berdasarkan trend kutipan balik pinjaman PTPTN yang semakin baik, selain prestasi kutipan melebihi sasaran tahun lepas.

“Tahun lepas, PTPTN menyasarkan kutipan bayaran balik pinjaman RM2 bilion, namun jumlah kutipan diterima RM3.4 bilion. Terdapat 200,000 pelajar yang meminjam melalui PTPTN setiap tahun.

“Tahun ini, PTPTN menyasarkan kutipan sebanyak RM4 bilion dan kita jangka jumlah ini mampu dicapai berdasarkan prestasi positif yang ditunjukkan oleh mereka yang membuat bayaran balik pinjaman,” katanya.

Idris berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Kongres Duta Jauhar 3.0 di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MITEC, Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Eksekutif PTPTN Wan Ahmad Wan Yusoff memaklumkan terdapat 586,863 peminjam PTPTN sudah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 31 Jan lepas.

Ia membabitkan jumlah pinjaman bernilai RM11.6 bilion dan daripada jumlah itu, 312,068 peminjam telah datang berunding dengan PTPTN serta mula membuat bayaran balik melibatkan sebanyak RM967.9 juta.

Sementara itu, mengulas mengenai tiga pelajar universiti awam di Serdang yang ditahan kerana memiliki dadah pada Khamis lalu, Idris berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan pelajar yang terlibat dengan kes seumpama itu.

Ketiga-tiga pelajar terbabit kini digantung pengajian dan sedang menjalani siasatan, katanya.

“Pihak universiti sememangnya mempunyai kawalan ketat bagi mencegah sebarang jenayah dan aktiviti tidak sihat dan kita akan perkasakan perkara ini,” katanya.

Kesemua pelajar berusia 22 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah bilik asrama di universiti berkenaan bersama ganja seberat 1.2 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2,500. – BERNAMA

Tags: PinjamanPTPTN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Indomie Makanan Indonesia Paling Laris Di Afrika

Next Post

Pro Dan Kontra Pelantikan TMJ Sebagai Presiden FAM

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

24/10/2024
0

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah Kasih telah merealisasikan harapan seorang bakal penuntut dari...

Next Post

Pro Dan Kontra Pelantikan TMJ Sebagai Presiden FAM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd