• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Di Klia2 Mudahkan Peminjam Buat Bayaran

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka kaunter di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi memudahkan peminjam disenarai hitam, yang mahu ke luar negara, membayar pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata kaunter berkenaan beroperasi 24 jam dan pegawai bertugas turut menyediakan khidmat rundingan kepada peminjam terbabit.

“Isu peminjam disenarai hitam tidak dibenarkan ke luar negara adalah antara isu yang kita mahu selesaikan.

“Jadi, dengan pembukaan kaunter ini, peminjam yang terlibat boleh berunding dan menyelesaikan tunggakan mereka serta-merta kemudian boleh meneruskan perjalanan,” katanya kepada Bernama di Parlimen hari ini.

Shamsul berkata pembukaan kaunter tersebut adalah antara usaha PTPTN untuk mengutip lebih banyak pinjaman tertunggak.

Selain disenarai dalam Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS), peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman turut di senarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Shamsul Anuar berkata PTPTN menyasarkan untuk mengutip pinjaman sebanyak RM4 bilion tahun ini.

Menurutnya perbadanan itu juga sedang melaksanakan pelbagai langkah membolehkan institusi berkenaan memberikan pinjaman kepada pelajar baharu pada kadar seperti sebelum ini.

“Oleh kerana ada isu pelajar baharu yang pinjamannya dikurangkan, kita mahu sasarkan supaya kita boleh memberi jumlah pinjaman seperti kadar asal kepada mahasiswa baharu,” katanya. – BERNAMA

Tags: KLIA2PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd